PERTENGAHAN Julai lalu, beberapa imej rasmi Nissan Serena C27 facelift muncul di laman web automotif Jepun. Akhirnya Nissan secara rasmi memperkenalkan model kenderaan pelbagai guna (MPV) versi dipertingkat itu untuk pasaran Negara Matahari Terbit tersebut.
Apakah perubahan dilakukan Nissan terhadap Serena C27 facelift?
Bermula luaran, Serena menampilkan gril double V-motion dengan bampar depan dan belakang lebih tajam untuk menyerlahkan profil sporty. Lampu depan dibekalkan ciri LED adaptif, manakala lampu belakang juga menggunakan teknologi LED dengan perincian baharu unik. Rim aloi dua tona bersaiz 16 inci.
BACA >>> Inilah 9 Sebab Kenapa Anda Perlu Pilih Nissan Serena S-Hybrid (2018)
Serena C27 facelift ditawarkan dalam dua warna baharu: Sunrise Orange (jingga) dan Dark Metal Grey (kelabu) yang mana kedua-dua varian tampil dengan bumbung hitam. Varian e-Power dipasangkan rim sport dua tona 15 inci dengan rekabentuk eksklusif.
Perubahan ruang kabin hanya melibatkan kemasan, rekaan semula kluster instrumen bersama pelindung kerusi kalis air sebagai opsyen tambahan. Ciri keselamatan terdiri daripada Amaran Titik Buta (BSW), Intervensi Titik Buta Pintar (i-BSI), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA), Bantuan Kecemasan untuk Salah Pedal (EAPM) dan kit standard termasuk Brek Kecemasan Pintar (IEB) dan Amaran Tukar Lorong (LDW).
BACA >>> Nissan Serena J Impul Kini Ditawarkan di Malaysia - Harga RM147,800
Sistem pemanduan semi-autonomi juga dikemas kini untuk operasi brek lebih lembut, termasuk mengoptimumkan halaju kereta. Trenkuasa kekal dengan enjin petrol 2.0L MR20DD berkuasa 145hp dan tork 210Nm yang dipadukan transmisi CVT Xtronic dan motor elektrik 1.8 kW berkuasa 50Nm jika diperlukan.
Model e-Power menggunakan motor elektrik daripada generasi Leaf terdahulu dengan kuasa 134hp dan tork 320Nm yang dipadukan enjin 1.2L (77hp, 103Nm).
Di pasaran Jepun, Serena C27 facelift dijual pada harga ¥2,399,760 (RM93,980).
BACA >>> #GIIAS2016: Debut Mitsubishi XM Concept Perkenal Gaya MPV, Cita Rasa SUV
Sabariman Omar says
Bilakah serena model facelift dengan Gril V-Motion akan berada dipasaran Malaysia.