• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / #ApaNakBuat: Inilah 3 Posisi Terbaik untuk Pasang Kamera @ Dashcam Pada Helmet

#ApaNakBuat: Inilah 3 Posisi Terbaik untuk Pasang Kamera @ Dashcam Pada Helmet

August 5, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

883
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KAMERA pemuka atau dashcam adalah antara aksesori penting yang bukan saja dipasang pada kereta sebagai sokongan bukti sekiranya berlaku kemalangan, tetapi juga gajet utama kepada mereka mahu menjadi vlogger (Video+Blogger). Begitu juga penunggang motosikal.

Sebenarnya, sudah ramai pemilik dua roda memasang peranti tersebut pada helmet mereka sama ada ketika berkonvoi atau menunggang sendirian.

Artikel kali ini kami akan kongsikan di manakah posisi tepat untuk memasang dashcam pada helmet?  Ini kerana posisi yang tepat membolehkan kita merakamkan sudut terbaik ketika menunggang sama ada di atas, tepi dan bahagian dagu helmet.

Namun, tiada posisi yang boleh dikatakan terbaik kerana ia tetap bergantung kepada keselesaan dan tujuan anda menunggang. Setiap posisi pemasangan juga ada kelebihan dan kekurangan tersendiri.

BACA >>> Inilah 7 Lokasi Baru Kamera AES - Kalau Kena Saman RM150 Sahaja !!!

1. TEPI HELMET

Dashcam boleh dipasang pada tepi helmet sebelah kiri dan kanan. Bagi mendapatkan hasil terbaik, pasangkan sama paras dengan mata anda. Pemasangan di tepi memang lebih mudah kerana permukaan helmet yang rata, tetapi helmet boleh jadi berat sebelah, terutama jika ditunggang laju, dan akan ada sudut rakaman yang terlindung.

2. ATAS HELMET

Posisi membolehkan rakaman dibuat penuh tanpa halangan, tetapi tetap kekurangannya. Aspek aerodinamik tunggangan juga boleh terjejas ketika memecut laju.

BACA >>> #ApaNakBuat: Tip Hilangkan Calar Visor Helmet dengan 5 Langkah Mudah

3. DAGU HELMET

Posisi ini cukup ideal untuk mendapatkan gambar dan sudut kamera yang selamat dan seimbang. Namun, ia berisiko menghalang pengudaraan ke dalam helmet. Posisi dashcam di tepi atau atas biasanya dapat merakamkan pemandangan atau suasanan jalan. Posisi dagu pula mampu merakamkan spidometer atau halaju motor.


Kesimpulannya, pada posisi mana pun anda memasang dashcam, sentiasa ada kelebihan dan kekurangan. Paling penting, kelengkapan yang digunakan untuk memegang kamera tersebut jangan pula sampai tertanggal!

SUMBER: Suzuki.co.id

Related

883
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, apanakbuat, autotainment, Dashcam, Dashcam Helmet, go-pro, helmet, kamera, Kamera Helmet, Kamera Pemuka, Posisi Dashcam Helmet, tip motosikal, Vlogger

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev