• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kemalangan LDP: Siapa Cakap Penunggang Motosikal Tidak Boleh Guna Lorong Kanan?

Kemalangan LDP: Siapa Cakap Penunggang Motosikal Tidak Boleh Guna Lorong Kanan?

August 5, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

11.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEMALAM tular satu video berdurasi 29 saat (lihat klip video di bawah) yang memaparkan empat penunggang motosikal melambung akibat merempuh sebuah kereta Perodua Myvi di KM25 Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) arah Cyberjaya ke Kelana Jaya. Ramai warga maya melontarkan pendapat peribadi dan ada juga saling menyalahi antara penunggang dan pemandu.

Lebih menyedihkan, ada kalangan warga maya menyalahkan kumpulan penunggang motosikal berkenaan dengan mengatakan mereka tidak layak menunggang di lorong kanan.

BACA >>> #TahukahAnda: Mangsa Kemalangan Boleh Saman Syarikat Lebuh Raya

Bukan mahu menunding jari kepada sesiapa, ini ulasan kami tentang kejadian tersebut supaya semua pembaca dapat bertenang, berfikiran rasional  dan  mempertimbangkan situasi kedua-dua pihak.

Menurut laporan BHarian, kemalangan tersebut berlaku kira-kira jam 4.55 petang dan berpunca daripada pemandu  Myvi yang mengekori rapat sebuah Mazda CX3 sebelum terlanggar belakang SUV tersebut kerana tidak sempat membrek.

Perlanggaran itu juga menyebabkan Myvi berkenaan terbabas ke arah kanan jalan sebelum dilanggar pula empat penunggang motosikal, dipercayai kumpulan sama berdasarkan baju dipakai.

BACA >>> Keke Challenge: Dubai Tahan Penari di Media Sosial, Sepanyol Catat Kes Kemalangan

SIAPA BERSALAH IKUT UNDANG-UNDANG?

Mengulas situasi berkenaan, mantan Pengarah Bahagian Kejuruteraan Automotif Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Ir Mohamad Dalib berkata, dari segi undang-undang sudah jelas mana-mana kenderaan melanggar dari belakang adalah pihak yang bersalah.

"Tidak perlu salahkan sesiapa pun. Menerusi video itu jelas pemandu Myvi buat kesilapan awal, ada kemungkinan dia tidak amalkan pemanduan berhemah kerana mengekori kereta depan terlalu rapat dan langgar terus. Mungkin dia bermain, sedang bercakap telefon atau dia langsung tak perasan kereta depan," katanya.

BACA >>> Salahkah Pasang Helmet Visor Gelap? Ini Jawapan JPJ...

SALAHKAH PENUNGGANG GUNA LORONG KANAN?

Mengenai komen warga maya yang menyalahkan penunggang motosikal kerana menggunakan lorong kanan, Mohamad menjelaskan;

"Penunggang boleh lalu di mana-mana lorong, tak ada masalah. Undang-undang adalah sama dan kita tak boleh kata lorong tersebut penunggang motosikal tak boleh lalu. Boleh lalu!

"Tapi saya percaya perlanggaran awal membuatkan pemandu Myvi tergamam dan situasi panik menyebabkan kereta berpusing. Sebab itulah terlanggar budak motor berdekatan.

"Dalam undang-undang sedia ada, ada beberapa jalan saja yang digazetkan untuk lorong motosikal. Tetapi kebanyakan jalan yang disediakan tidak cukup kriteria untuk lorong motosikal seperti tercatat dalam undang-undang. Cuma Lebuhraya Persekutuan, iaitu sebelah kiri dan kanan, yang ada dalam perundangan lorong motosikal.

"Tapi, mana-mana laluan yang termaktub dalam perundangan lorong motosikal perlu dipatuhi, tetapi ramai tidak ikut, contohnya lorong motosikal Cyberjaya-Putrajaya, kerana tidak diselenggara dengan betul," katanya.

Mohamad menambah lagi, kelajuan penunggang juga menyebabkan masing-masing tidak dapat mengelak Myvi tersebut. Perlu diingatkan, penunggang motosikal berisiko 80-85 peratus lebih bahaya di jalan raya.

"Membrek pun dia akan langgar dan jatuh, dia tak buat apa-apa pun dia akan jatuh, dan dia tersilap sikit pun dia akan jatuh," katanya.

BACA >>> Kemalangan Subaru WRX Ini Buatkan Enjin, Kotak Gear dan Pemandu Tercampak


Kemalangan tersebut menyebabkan keempat-empat penunggang mengalami kecederaan. Seorang mengalami kecederaan dada dan luka lutut kiri, seorang lagi patah tulang pinggul dan pergelangan tangan kanan, penunggang ketiga patah pergelangan tangan kiri dan penunggang terakhir retak kaki kiri.

Harap kita semua sentiasa berhati-hati di jalan raya.

Related

11.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, berapa teruk kemalangan, Dato' IR Mohamad Dalib, kemalangan, Kemalangan LDP, kemalangan motosikal, Kemalangan Perodua Myvi vs YSuku, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Mazda CX-3, Perodua Myvi, video kemalangan, Yamaha Y15ZR

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev