• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Triumph Rocket 3 (2019) Lancar Varian GT dan R, Harga Bermula RM98k

Triumph Rocket 3 (2019) Lancar Varian GT dan R, Harga Bermula RM98k

August 4, 2019 By Aryon Leave a Comment

807
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TRIUMPH Rocket 3 (2019) dilancarkan dalam dua varian pada harga bermula AS$23,600 (RM98,120), juga motosikal pertama yang menawarkan sesaran enjin terbesar di dunia - 2,500cc.

Selepas pelancaran versi TFC pada Mei lalu, Triumph kini memperkenalkan Rocket 3 R dan GT dalam usaha menyaingi lawan seangkatan seperti Ducati Diavel, dan X Diavel serta Yamaha V-Max.

BACA >>> Triumph Dedah Spesifikasi Lengkap Rocket 3 TFC (2019)

DUA VARIAN BERBEZA: GT DAN R

Rocket 3 ialah motosikal komersial silinder terbesar dunia dengan enjin 3-silinder sebaris berkapasiti 2,500cc yang mampu meledakkan kuasa setinggi 167hp dan tork 220Nm.

Asasnya, penampilan Rocket 3 R dan GT adalah 95 peratus sama. Bezanya, varian GT ( gambar atas kiri) ialah model kembara yang dibekalkan penyandar pada pelana belakang, stereng tinggi dan visor pengadang angin tinggi.  Tinggi pelana GT juga lebih rendah (750mm) berbanding versi R (773mm). Sebagai tambahan, tangki petrol versi GT dicatkan warna dua-tona, berbeza dengan tona warna ringkas untuk R.

BACA >>> Triumph Sahkan Kuasa dan Spesifikasi Rocket 3 TFC, Semua 750 Unit Habis Ditempah

Ciri Rocket 3 (2019) paling istimewa ialah kaliper brek Brembo Stylema, tuil berek Brembo MCS, absorber Showa dan rim multispok aloi ringan.  Ia turut dilengkapkan skrin warna LCD TFT dengan konektiviti Bluetooth untuk fungsi telefon pintar, Go Pro dan navigasi GPS bagi panduan jalanan lengkap.

Teknologi bantuan stereng terdiri daripada ABS Belokan, kawalan traksi dan 4 mod tunggangan.

Rocket 3 (2019) akan dijual pada musim bunga ini pada harga:

  • Triumph Rocket 3 R - AS$23,600 (RM98,120)
  • Triumph Rocket 3 GT - AS$24,200 (RM100,600)

Harga tersebut jauh lebih murah berbanding versi TFC, AS$29,000 (RM120,550)

Dilancarkan pada 2004, Rocket 3 mengejutkan dunia automotif apabila menjadi motosikal yang menawarkan enjin dengan tork dan kuasa paling besar dunia. Kini selepas 15 tahun berlalu, walaupun bukan lagi menjadi model paling berkuasa, Rocket 3 masih dinobatkan sebagai motosikal komersial dengan sesaran enjin terbesar dunia.

Berbeza berbanding pengeluar lain, Triumph terlebih dulu melancarkan versi edisi terhad, Rocket 3 TFC sebelum memperkenalkan model terbaharu ini yang tidak dihadkan pengeluaran dan boleh dibeli pada bila-bila masa.

BACA >>> Triumph Street Scrambler (2019) Tampil Baharu dan Lebih Berkuasa, Harga RM65k

GALERI
triumph-rocket-3-2019-1
triumph-rocket-3-2019-2
triumph-rocket-3-2019-3
triumph-rocket-3-2019-4
triumph-rocket-3-2019-5
triumph-rocket-3-2019-6
triumph-rocket-3-2019-7
triumph-rocket-3-2019-8
triumph-rocket-3-2019-9

Related

807
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: cruiser, roda2, Triumph, Triumph Rocket 3, Triumph Rocket 3 (2019), Triumph Rocket 3 GT, Triumph Rocket 3 R, Triumph Rocket 3 TFC, Triumph Rocket 3 TFC (2019), Triumph Rocket III

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
    Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev