• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Perhatian: Honda Malaysia Panggil Balik 7,050 Unit CR-V (2018) untuk Tukar Punat Gear

Perhatian: Honda Malaysia Panggil Balik 7,050 Unit CR-V (2018) untuk Tukar Punat Gear

July 31, 2019 By Han Othman Leave a Comment

717
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Malaysia hari ini melancarkan kempen kemas kini produk membabitkan 7,050 unit CR-V (2018) bagi menukar punat tekan pada tombol gear sebagai langkah keselamatan. Bagaimanapun, kempen ini tidak membabitkan model Honda lain dan CR-V baharu selain jenis model dan tahun seperti dinyatakan.

Kempen tersebut dilancarkan bagi menangani masalah kesukaran menukar gear daripada posisi parkir (P) kepada posisi gear lain untuk CR-V (2018). Honda Malaysia turut memohon maaf atas kesulitan yang menimpa pelanggannya yang terlibat dalam kempen kemas kini itu.

BACA >>> 7 Perkara Tentang Beg Udara Takata yang Perlu Anda Tahu

Kos menukar punat tekan pada tombol gear itu akan ditanggung sepenuhnya Honda Malaysia, termasuk semua kos sampingan berkaitan penukaran berkenaan. Semua pelanggan terlibat akan dimaklumkan menerusi surat yang turut memperincikan maklumat tentang kemas kini produk berkenaan.

Pelanggan yang menerima surat pula dinasihatkan menghantar kenderaan mereka kepada pusat servis Honda terdekat untuk diperiksa. Pemilik kenderaan juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen kemas kini produk itu dengan menghubungi talian bebas tol Honda Toll Free di 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my.

BACA >>> Honda Malaysia Tawar 9 Model Percuma Sempena Kempen Jualan ke-900k Unit

Related

717
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Honda, honda cr-V 2018, Honda Malaysia, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Punat Gear Honda CR-V, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • U Mobile Lancar Rangkaian 5G Generasi Baharu yang Lebih Pantas, ULTRA5G di Malaysia
    U Mobile Lancar Rangkaian 5G Generasi Baharu yang Lebih Pantas, ULTRA5G di Malaysia

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev