• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / GP2R - Jentera Lumba dengan Enjin KTM 790 Duke, Harga RM138k

GP2R - Jentera Lumba dengan Enjin KTM 790 Duke, Harga RM138k

July 31, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


KRAMER Motorcycles ialah syarikat yang pakar dalam membangunkan motosikal lumba. Terbaharu syarikat tersebut mendedahkan jentera lumba GP2R yang dibina berasaskan enjin parallel-twin daripada KTM 790 Duke dengan frem trellis.

Model ini akan mula dijual menjelang musim bunga tahun depan pada harga €29,990 (RM138,140).

Enjin KTM tersebut diubah suai dan ditala untuk mendapatkan sesaran lebih besar, iaitu 890cc. Aspek keselesaan tunggangan diserahkan kepada suspensi WP boleh laras penuh dan juga sudut kepala stereng boleh laras.

BACA >>> Ducati Panigale V4 Nicky Hayden - Sempena Tribut Jentera Lumba Desmosedici GP12

Versi kedua 850cc turut dibangunkan sempena acara perlumbaan kelab-kelab Amerika Syarikat (AS) yang mana kedua-dua enjin dilengkapi sistem kawalan enjin siap diprogram.

Selepas ditala, jentera seberat 140kg itu mampu meledakkan kuasa 128.2bhp dan tork 100Nm. Berdasarkan permintaan, Kramer Motorcycles turut menawarkan pakej Track Services menerusi kerjasama dengan syarikat Speedbox dari Switzerland yang bertanggungjawab menguruskan hal-hal pemasangan, penyenggaraan dan penghantaran.

Sokongan teknikal turut dipakejkan bersama pada hari latihan dan perlumbaan.

GP2R ditayangkan sempena Festival Barber Motorsports Park Vintage, Alabama, AS, dan turut menggunakan projek silinder tunggal HKR EVO2 seperti sebelum ini yang dipacu enjin KTM LC4 untuk memenangi Kejuaraan Supermono Eropah dua kali.

BACA >>> #BikinMotor: WSM SBK - Superbike Kustom Enjin Ducati dengan Gaya Klasik

Pemilik Kramer Motorcycles, Markus Kramer menganggap projek GP2R sebagai detik penting buat syarikat yang masih muda dan kini sudah tiba masa untuk mengambil langkah ke depan hasil pengalaman yang diraih selama 5 tahun.

"KTM 790 Duke menawarkan enjin yang memberikah ilham inspirasi kepada kami untuk meneruskan projek 'GP2'. Pengetahuan kami dalam pembinaan dan pengeluaran memberi jaminan bahawa kami dapat membangunkan jentera lumba hebat berdasarkan konsep  silinder kembar," jelasnya.

Bagi mendapatkan beberapa ciri tambahan, pelanggan yang membuat pesanan sebelum 1 Oktober tahun ini dapat memilih warna frem dan set fairing tanpa ada kos tambahan.

BACA >>> KTM 790 Duke Lancar di Britain, Harga Saingi Kawasaki Z900! Malaysia Menyusul 2018?

SUMBER: MCN

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: GP2R, Kramer Motorcycle, KTM, KTM 790 Duke (2018), Markus Krämer, roda2, superbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my