JARANG sekali kita mendengar Toyota Vios dijadikan jentera modifikasi. Tetapi ia tidak menjadi penghalang buat Ibrahim memilih Toyota Vios miliknya untuk dijadikan jentera modifikasi demi kepuasan diri.
Saat membuka bonet hadapan, Ibrahim masih kekal setia bersama enjin asalnya tetapi diberi sentuhan bagi meningkatkan lagi prestasi jentera. Pada bahagian blok, piston asal digantikan dengan jenis CP yang lebih tahan lasak bersama conrod BC.
Enjin ini turut dilengkapi dengan ekstraktor turbo dan Intercooler Jasma dipasang untuk menyejukkan udara sebelum dihantar ke ruangan intake. Udara berlebihan kemudian ditolak keluar melalui ‘blow-off’ SQV2 yang ditenggek pada paip stainless steel.
Bahan api dari tangki utama pula disalurkan terus ke bahagian enjin dan dilaraskan oleh pelaras bahan api Works sebelum dihantar ke dalam ruangan kebuk pembakaran. Turut kelihatan unit ‘oil catch tank’ Cusco dipasang bagi mengelakkan minyak pelincir buangan memasuki semula ke dalam bahagian enjin.
Hasil bantuan kotak gear manual 5-kelajuan milik Toyota Yaris yang dilengkapi dengan klac Exedy Racing, ia turut disokong unit ECU dari Haltech Sprint 500 untuk menguruskan peningkatan tahap prestasi yang lebih menyerlah.
Lebih menarik, setiap penjuru jentera ini juga dipasangkan dengan sistem penyerap hentak boleh laras BC dan bar ‘stabilizer’ Ultra Racing bagi memastikan tahap rendaman dan kestabilan jentera. Apabila jentera dah laju, sistem pemberhentian juga dilakukan menerusi kehadiran brek daripada Toyota Yaris di hadapan manakala bahagian belakang masih lagi dikekalkan yang asal.
LUARAN:
Sekali imbas, penampilan luaran jentera ini tampak lebih menyerlah dengan kehadiran kit badan kustom dan digandingkan rim Avanti. Pemilihan baju warna biru ternyata membuatkan jentera ini tampak menarik dan sering menjadi perhatian ramai.
Memasuki ruang dalaman, ia tidak banyak berubah melainkan bahagian papan pemuka dipasangkan dengan deretan meter Defi bagi memantau semua bacaan serta paparan dalam enjin.
Bagi mendapatkan feel pemanduan, sepasang tempat duduk dari Subaru STi dipasangkan pada bahagian hadapan. Bawa laju pun rasa selesa dan terasa diri mencengkam pada kerusi.
Biarpun jentera ini tampak ringkas dan tidak begitu garang, tetapi jangan lupa prestasi dihamburkan mampu membuatkan anda menyesal. Tak percaya, cuba dulu baru tahu.
FOTO Khyroll Adzham
SPESIFIKASI:
Toyota Vios 2004
MODIFIKASI ENJIN Turbo TDO4, Ball bearing, piston CP, conrod BC, Exeter turbo, intercooler Jasma, blowoff valve SQV2, oil catch tank Cusco, air filter Apexi, fuel regulator Works.
TRANSMISI Manual 5-kelajuan Toyota Yaris, racing clutch Exedy
ELEKTRONIK Haltech Sprint 500
SUSPENSI Adjustable BC, stabilizer bar Ultra Racing
SISTEM BREK Depan Toyota Yaris, belakang standard
RODA Rim Avanti, tayar Federal
DALAMAN Meter Defi, boost meter Greedy, seat Subaru Sti,
LUARAN Bodykit kustom, sunroof
BENGKEL Wind Motorsport (SP)
TUNER D4 Racing
PEMILIK Mohd Ibrahim
Leave a Reply