• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Hyundai Bangunkan Transmisi Baharu Enjin Hibrid, Kawal Anjakan Gear 500 Kali Per Saat

Hyundai Bangunkan Transmisi Baharu Enjin Hibrid, Kawal Anjakan Gear 500 Kali Per Saat

July 22, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

309
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ANTARA bahagian paling sukar dalam pembangunan sistem hibrid ialah aspek kecekapan bahan api. Banyak perkara perlu diambil kira seperti daya rintangan rendah, aspek aerodinamik, trenkuasa dan jumlah perbatuan untuk setangki minyak penuh.

Satu lagi bahagian penting yang ada kaitan dengan kecekapan kenderaan hibrid ialah transmisi. Terkini, dalam kenyataan akhbar dikeluarkan Hyundai, pengeluar automotif dari Korea itu mendakwa sedang membangunkan transmisi Kawalan Syif Aktif (ASC), pertama seumpamanya di dunia untuk kenderaan hibrid.

BACA >>> Platform Baharu Hyundai Sonata Janjikan Fleksibiliti, Cekap dan Lebih Kuat

Menurut Hyundai, teknologi transmisi itu akan meningkatkan kecekapan dan masa anjakan gear sebanyak 30 peratus. Kenyataan ini sangat berani jika mengambil kira teknologi transmisi automatik dan pedal syif masa kini  yang sudah sedia pantas dan lancar.

Hyundai berkata, teknologi ASC mengoptimumkan kecekapan transmisi dengan memantau anjakan gear 500 kali per saat, dan kemudian melaraskan halaju putaran transmisi untuk masa anjakan lebih pantas.

Asasnya, ASC menggunakan perisian kawalan logik baharu dengan Unit Kawalan Hibrid (HCU) untuk mengawal motor elektrik, dan menyeragamkan halaju putaran enjin dan transmisi bagi mengurangkan masa diperlukan gear untuk beranjak.

BACA >>> Hyundai Bangunkan Sistem Penulenan Udara Pintar untuk Kabin Lebih Bersih, Selamat

 

Kesimpulannya, teknologi transmisi baharu ini bukan saja mengurangkan masa anjakan gear secara dramatik, tetapi turut melancarkan proses kerja. Malah, disebabkan kurang menghasilkan geseran, tahap ketahanan transmisi juga dapat dipertingkat.

SUMBER: CarBuzz

Related

309
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Auto Terkini, hyundai, Hyundai Hibird, Hyundai Hybrid, Kawalan Syif Aktif (ASC), transmisi, transmisi auto, transmisi Automatik (AT)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev