• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Shoei X-Spirit III Marquez Motegi 3 TC2, Helmet Replika Rai Kemenangan MM93 di Jepun

Shoei X-Spirit III Marquez Motegi 3 TC2, Helmet Replika Rai Kemenangan MM93 di Jepun

July 22, 2019 By Aryon Leave a Comment

281
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGELUAR helmet, Shoei melancarkan helmet replika, X-Spirit III Marquez Motegi 3 TC2, sempena helmet yang pernah dipakai juara dunia 5 kali, Marc Marquez ketika beraksi dalam MotoGP 2018 di pusingan Motegi.

Helmet replika itu menggunakan siri X-Spirit III dengan rekaan dekal emas dan motif semut pada bahagian atas helmet. Bahagian belakang memaparkan imej Maneki-neko, iaitu kucing comel sedang melambai tangan dan duduk dalam perahu. Dari segi tersirat, grafik itu membawa maksud nasib baik yang mana Marquez ketika itu berjaya menamatkan perlumbaan 1.5 saat di depan Cal Crutchlow di tempat kedua.

Motegi 2018 Special Helmet#JapaneseGP pic.twitter.com/xtVD0rxVUw

— Marc Márquez (@marcmarquez93) October 18, 2018

X-Spirit III ialah siri helmet yang direka untuk prestasi trek lumba dengan ciri aerodinamik terbaik walaupun dalam halaju mencecah lebioh 290kmj. Ruang dalam juga dibangunkan untuk kelajuan, dengan ventilator udara dan aerofoil supaya penunggang kekal kering dan selesa.

Tiada tarikh rasmi mengenai pelancaran X-Spirit III Marquez Motegi 3 TC2, tetapi dijangka helmet replika ini ditayangkan pada pusingan Motegi pada 4 Ogos ini. Harga juga tidak didedahkan, tetapi dijangka menyamai harga helmet editi terhad X-Spirit III Trooper Edition  yang dipakai Peter Hickman dalam aksi Isle of Man TT, iaitu £799.99 (RM4,116).

 

shoei-x-spirit-iii-motegi-mm93-1
shoei-x-spirit-iii-motegi-mm93-2
shoei-x-spirit-iii-motegi-mm93-3
shoei-x-spirit-iii-motegi-mm93-4
shoei-x-spirit-iii-motegi-mm93-5
shoei-x-spirit-iii-motegi-mm93-6
shoei-x-spirit-iii-motegi-mm93-7
shoei-x-spirit-iii-motegi-mm93-8

Related

281
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: GP Motegi, helmet, Helmet Replika, Marc Marquez, MotoGP 2019, roda2, shoei, Shoei X-Spirit III, Shoei X-Spirit III Marquez Motegi 3 TC2, topi keledar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev