• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #ApaNakBuat: Tip Hilangkan Calar Visor Helmet dengan 5 Langkah Mudah

#ApaNakBuat: Tip Hilangkan Calar Visor Helmet dengan 5 Langkah Mudah

July 22, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

2.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


VISOR helmet ialah aksesori penting untuk melindungi wajah penunggang, terutama mata dari dimasuki debu, kotoran, hujan atau terkena panahan sinar matahari. Namun, bahagian ini juga tidak terlepas daripada kesan calar akibat terhentak atau bergesel dengan objek lain.

Ia juga boleh jadi berpunca daripada tabiat penunggang mengelap visor dengan kain kasar, atau sarung tangan yang mungkin ada debu atau pasir halus atau kasar.

BACA >>> Salahkah Pasang Helmet Visor Gelap? Ini Jawapan JPJ...

Bagaimanakah cara mengurangkan calar pada helmet?

1. Tanggalkan visor daripada helmet.
2. Cuci visor dengan air sabun dan bilas bawah air mengalir supaya kotoran yang melekat boleh hilang cepat.
3. Permukaan visor yang masih basah dicuci dengan kertas pasir paling halus (1,500-2,200SW), juga bawah air mengalir. Lakukan beberapa kali, terutama bahagian banyak calar.
4. Selesai cuci, kaca akan nampak kusam. Tunggu beberapa saat sebelum membersihkannya.
5. Keringkan visor helmet, kemudian gilap bahagian kusam dengan lilin khas @ white compound. Gunakan kain lap lembut.

AMARAN! Sila ambil tahu sama ada visor helmet anda boleh tahan digosok kertas pasir atau sebaliknya. Cuba dulu pada bahagian hujung visor (di engsel). Jika material visor jenis tahan, barulah buat kerja-kerja baik pulih ini di kawasan sebenar.

Tapi, kalau kesan calar tu dah banyak sangat, beli je la visor baru.

SUMBER: Suzuki.co.id

Related

2.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: apanakbuat, helmet, Tip Cuci Helmet, Tip Cuci Visor, topi keledar, Visor, visor gelap, Visor Helmet

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev