• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / 10 Teknologi Angkasa dalam Kereta Nissan Hari Ini

10 Teknologi Angkasa dalam Kereta Nissan Hari Ini

July 20, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

752
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TAHUKAH anda tarikh 20 Julai lalu ialah ulang tahun ke-50 angkasawan, Neil Armstrong dan Buzz Aldrin menjejakkan kaki ke bulan?

Peristiwa bersejarah itu dianggap pencapaian hebat jika mengambil kira teknologi yang ada pada masa itu. Malah, komputer masih sesuatu yang asing. Namun, itu tidak bermakna teknologi yang digunakan ketika itu tidak wujud. Mungkin terlalu mahal dan tidak mesra pengguna.

Semakin hari teknologi yang dulu cuma digunakan dalam sektor angkasa, tetapi kini sudah dikomersialkan untuk manfaat orang ramai. Teknologi ini juga digunakan pengeluar kenderaan seperti Nissan, dan ada yang dirintis jenama mewah sebagai ciri premium produk masing-masing.

BACA >>> Bosch Hasilkan Teknologi Angkasa untuk Ciri Keselamatan Baharu Motosikal

10 TEKNOLOGI ANGKASA DIGUNAKAN KENDERAAN NISSAN

  1. Sistem bantuan pemanduan yang menggunakan data hasil cerapan radar dan kamera seperti teknologi ProPILOT
  2. Lampu LED
  3. Kerusi graviti sifar (zero gravity) dengan busa suhu (temper foam)
  4. Sistem navigasi berasaskan GPS
  5. Perisian komputer
  6. Bateri litium-ion
  7. Brek tahan haba
  8. Tayar stadles untuk musim luruh
  9. Pelindung haba ekzos
  10. Radio satelit
Busa suhu, juga dipanggil busa memori.
LED digunakan untuk meniru efek matahari.

Selepas melihat senarai di atas, anda mungkin tertanya, bagaimanakah komponen mudah seperti lampu LED atau kerusi pun menggunakan teknologi angkasa?

Begini, lampu LED yang terang selalu digunakan dalam ujikaji pertumbuhan tanaman di angkasa, manakala busa suhu (atau dikenali sebagai 'busa memori') pula kali pertama dibangunkan untuk pengembaraan angkasa pada 1981. Nissan pula menggunakan bahan tersebut dalam kerusi graviti sifar untuk mendapatkan keselesaan memandu jauh.

BACA >>> Nissan GT-R NISMO (2020) Mula Dijual di UK, Harga RM900k

Sistem radar dan kamera pula kali pertama dibangunkan untuk pengembaraan angkasa, dan berfungsi dengan bantuan satelit. Hari ini komponen tersebut berada dalam kereta Nissan dan menjadi sebahagian sistem yang dapat membantu kereta membrek automatik, termasuk memberikan amaran kepada pemandu jika ada risiko pelanggaran.

Satu lagi teknologi popular yang digunakan dalam pemanduan harian ialah sistem pengesanan global (GPS). Pernahkan anda bertanya, bagaimanakah sesuatu lokasi dapat dihantar dengan tepat hanya menggunakan telefon pintar? Inilah aplikasi GPS daripada teknologi angkasa yang sekarang cukup membantu kehidupan harian kita, hingga wujudnya aplikasi atas talian seperti e-hailing, penghantaran makanan atau navigasi trafik.

Selepas ini, setiap kali anda gunakan teknologi pintar atau komponen yang memudahkan pemanduan, ketahuilah bahawa ia berasal daripada idea dan kerja tangan jurutera dan saintis angkasa!

BACA >>> Nissan GT-R NISMO (2020) Mula Dijual di UK, Harga RM900k

Nissan Skyline ProPilot
Nissan Ulang Tahun 50 Ke Bulan.101
Nissan Ulang Tahun 50 Ke Bulan.102
Nissan Ulang Tahun 50 Ke Bulan.103
Nissan GPS Navigation
Nissan Altima LED lamp
Nissan Altima Front Zero Gravity Seat

Related

752
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Angkasa, Auto Terkini, bulan, Buzz Aldrin, GPS, neil armstrong, Nissan, Sistem Pengesanan Global (GPS), Teknologi Angkasa, ulang tahun ke bulan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev