• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Rohime Shafie CEO Baharu Proton Edar

Rohime Shafie CEO Baharu Proton Edar

April 11, 2016 By Abang GYL Leave a Comment

34
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Rohime ShafiePROTON mengumumkan perlantikan Rohime Shafie sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi Proton Edar berkuatkuasa serta merta.  Perlantikan Rohime adalah bagi menggantikan Norzahid Mohd Zahudi yang telah meletakkan jawatan.

Sebelum dilantik sebagai CEO Proton Edar, Rohime adalah Ketua Kewangan Proton. Memiliki kelulusan MBA dalam pentadbiran Perniagaan dari Universiti Utara Malaysia, Rohime adalah salah seorang daripada ahli Institut Akauntan Berkanun UK, anggota Akauntan Awam Bertau­liah Australia dan anggota Institut Akauntan Malaysia. (MIA).

Antara jawatan-jawatan penting pernah disandang dalam industri automotif termasuklah Pengurus Besar di Automotive Corporation (Malaysia) Sdn Bhd, Presiden Honda Malaysia Sdn Bhd, Ketua Pegawai Eksekutif di DRB-Hicom Auto Solution Sdn Bhd dan Edaran Otomobil Nasional Berhad.

Dari tim Pandulaju, selamat menjalankan tugas dan ini adalah masa yang mencabar bagi Proton dengan mengukuhkan lagi jualan pada peringkat lebih baik. Jangan lupa, servis selepas jualan harus diutamakan.

Pastikan semua isu-isu lama servis selepas jualan dapat diselesaikan dengan kadar segera. Begitu juga dengan isu hos penyejuk minyak (OCH). Selamat berjuang Rohime Shafie.

Related

34
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: CEO Proton Edar, Isu Proton, Norzahid Mohd Zahudi, Proton, Proton Edar, Rohime Shafie

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev