SEMALAM, pintu Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo Indonesia (GIIAS) 2019 mula dibuka dengan begitu banyak pengeluar mengambil bahagian dalam memperkenalkan produk automotif masing-masing sama ada model baharu atau konsep.
Daihatsu adalah antara jenama Jepun yang tidak melepaskan peluang mempamerkan model konsep kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan teknologi hibrid, dinamakan Daihatsu HYFun Concept.
Bertemakan ‘Funtastic GenerasiOn’, kehadiran model konsep tersebut mendapat perhatian pengunjung GIIAS 2019, tambahan lagi pengguna Indonesia memang sukakan kenderaan segmen MPV. Dibina berasaskan platform global baharu Daihatsu (DGNA), model ia jelas memiliki tahap keselamatan tinggi dan keselesaan yang lebih baik.
HYFun Concept didatangkan dengan beberapa ciri keselamatan menarik seperti brek autonomi, pengecaman wajah dan Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB) dan kepintaran buatan (AI). Selain itu, produk lain yang ditayangkan Daihatsu ialah Xenia Sport Concept, Sirion Artvatar dan tiga kereta edisi khas, iaitu Ayle SE, Terios SE, dan Sirion SE.
Tidak ketinggalan, turut dipamerkan model Daihatsu yang diterbangkan khas dari Jepun: Tanto Custom.
BACA>>>Made In Malaysia Disyaki Punca Jualan Daihatsu Sirion Merudum di Indonesia
KREDIT FOTO: AutoNetMagz | GridOto
Leave a Reply