YAMAHA YZF-R1 and YZF-R1M (2020) akhirnya didedahkan secara rasmi dan dijangka mula dijual tahun depan!
Diperkenalkan pada 1998, YZF-R1 sentiasa dianggap sebagai model Yamaha paling premium dan terbaik. Sepanjang tiga generasi berlalu, pelbagai perubahan dan penambahbaikan dilakukan daripada enjin 4-silinder dengan 10 injap, 150hp hingga enjin 16 injap, 200hp seperti hari ini.
Generasi terkini sejak 2015 dilengkapkan dengan banyak teknologi elektronik dan sistem bantuan penunggang terkini. Namun, dengan kemunculan pesaing lain yang semakin hebat, Yamaha perlu melakukan sesuatu supaya superbike itu kekal relevan.
BACA >>> Yamaha YZF-R1 Baharu Bakal Dilengkapi Ciri Anti-Wheelie Guna Brek Belakang
Jadi bagi edisi 2020, YZF-R1 dilengkapkan enjin Crossplane 998cc berkuasa 200hp @ 13,000rpm yang mana kepala silinder direka semula dan badan terotel kini bergerak lebih dekat dengan kebuk pembakaran.
Injektor Bosch 10 lubang baharu diletakkan atas badan injap terotel 45mm untuk menyalurkan petrol ke kebuk pembakaran dan sudut suntikan bahan api lebih besar daripada 21.5º untuk membantu menambah baik kecekapan pembakaran.
Penambahbaikan lain YZF-R1 (2020) termasuk perubahan shiftarm dan konfigurasi camshaft. Model baharu ini kini 5 peratus lebih aerodinamik dengan badan diilhamkan daripada jentera lumba MotoGP, YZR-M1. Rekabentuk juga mirip model junior YZF-R6 generasi baharu yang dilancarkan pada 2017.
BACA >>> #ApaNakBuat: Tukar Sistem Klac Yamaha Y15ZR dengan R15 untuk Transmisi Lebih Lancar
Sistem suspensi juga dinaik taraf dengan menggunakan fork terbalik (USD) Kayaba 43mm di depan yang ditala untuk memberikan pengalaman tunggangan lebih baik.
Sistem brek YZF-R1 membolehkan penunggang memilih dua tahap pembrekan: BC1 untuk tetapan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), dan BC2 yang akan menukar sensitiviti ABS mengikut sudut miring.
Tahap pembrekan BC2 akan meningkatkan sensitiviti dan mengaktifkan bantuan elektronik apabila halaju dan sudut miring meningkat supaya jentera lebih stabil ketika mengambil selekoh. Sistem ini turut menggabungkan tiga tahap pembrekan enjin, sistem kawalan boot, tetapan damper stereng, dan terotel kawalan elektronik YCC-T dengan sistem APSG untuk agihan berat dan respon pecutan terbaik.
Ciri lain YZF-R1 ialah opsyen 6 mod pacuan, kawalan traksi dan kawalan anti-gelincir, dan sistem anjakan gear pantas. Semua dikawakan menerusi paparan skrin LCD-TFT.
BACA >>> Yamaha YZF-R25 (2019) Versi Kemas Kini Ala Jentera Lumba Lancar di Jepun, Mac Ini
YZR-R1M - VERSI DINAIK TARAF
Bagi YZF-R1M, suspensi elektronik dinaik taraf dengan fork USD Öhlins ERS NPX, dan monoshock prabeban. Banyak komponen badan menggunakan material gentian karbon, manakala subfrem belakang daripada magnesium.
Di Asean, YZF-R1 and YZF-R1M (2020) akan dilancarkan di Malaysia pada September nanti, dan tempahan akan dibuka bermula 25 Julai ini.
BACA >>> Yamaha Dedah YZF-R125 Monster Energy Yamaha MotoGP Edition
Leave a Reply