• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Indonesia Bakal Lancar 'X-ADV 150cc' Sempena GIIAS 2019?

Honda Indonesia Bakal Lancar 'X-ADV 150cc' Sempena GIIAS 2019?

July 16, 2019 By Aryon Leave a Comment

2.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PT ASTRA Honda Motor (AHM) khabarnya bakal membuat kejutan sempena Pameran Auto Antarabangsa Indonesia Gaikindo (GIIAS) 2019 dengan memperkenalkan skuter advencer 150cc untuk pasaran Indonesia .

Bagaimanapun, rupa sebenar skuter itu masih menjadi tanda tanya dalam kalangan media permotoran di negara jiran itu. Timbul juga model baharu itu ialah X-ADV versi 150cc yang kecoh diperkatakan media Thailand, dan akan diberikan nama 'ADV 150'.

BACA >>> #ApaNakBuat: Tukar Hendal Honda PCX 150 dengan Yamaha NMAX 155

Honda PCX Hybrid

Menurut khabar angin lagi, skuter advencer itu bakal dipacu enjin dan roda skuter maksi PCX 150. Namun bagi skuter versi lebih lasak, jarak kelegaan tanah akan ditinggikan. Secara pemahaman, model baharu itu ialah PCX dengan gaya advencer. Mungkin juga ada kejutan dari segi teknikal dan ciri lain?

Model 'ADV 150' yang disebut-sebut media Thailand itu juga bukan sembarangan skuter, kerana AHM sebelum ini pernah melancarkan skuter berkonsepkan sama, X-ADV. Jadi desas-desus mengenai skuter 150cc bertemakan advencer yang bakal dilancarkan di Indonesia nanri kemungkinan besar akan mengisi slot di bawah X-ADV yang berkuasa besar, 750cc.

Honda X-ADV 750

Pengarah Pemasaran AHM, Thomas Wijaya dalam temu bual media di Indonesia baru-baru ini pernah mengeluarkan kenyataan yang AHM akan melakukan kejutan menerusi pelancaran model baharu pada GIIAS 2019 nanti. Namun, beliau tidak memberitahui jenis model yang akan dilancarkan itu.

BACA >>> BSH Umum Harga: X-ADV (RM61k) dan Africa Twin (RM74k) di Malaysia!

Bagi kalangan media permotoran di Indonesia pula, banyak yang mengharapkan 'ADV 150' ialah X-ADV versi 150cc yang dikatakan belum ada pesaing lagi di pasaran republik itu. Menarik!

Related

2.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: GIIAS 2019, Honda, Honda ADV 150, Honda Indonesia, Honda PCX, Honda X-ADV, Pameran Auto Antarabangsa Indonesia Gaikindo (GIIAS) 2019, PT Astra Honda Motor (AHM), roda2, skuter, Spekulasi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev