• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha Indonesia Perkenal Warna, Strip Baharu untuk Vega Force, Harga Bermula RM4.4k

Yamaha Indonesia Perkenal Warna, Strip Baharu untuk Vega Force, Harga Bermula RM4.4k

July 16, 2019 By Aryon Leave a Comment

149
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


WALAUPUN jualan kapcai (dipanggil bebek) semakin mengecil, Yamaha Indonesia masih tidak mengetepikan pasaran model itu dengan memperkenalkan beberapa model dipertingkat (facelift).

Terbaharu ialah Vega Force yang diberikan warna dan rekaan strip baharu supaya kekal segar mengikut trend pasaran motosikal Indonesia masa kini.

Metallic Black
Metallic red

Ada dua pilihan warna ditampilkan: Metallic Black dengan kombinasi warna hitam berserta strip merah-kelabu, dan Metallic Red dengan kombinasi dwi warna, merah dan hitam bersama strip putih-hitam.

Vega Force dikuasakan enjin silinder tunggal 114cc SOHC penyejukan udara dengan teknologi FI berkuasa 8.6hp dan tork 9.5Nm, manakala transmisi jenis klac automatik sentrifugal 4-kelajuan. Komponen piston tempa mampu memberikan prestasi jentera yang lebih lasak dan bertenaga.

Juga ada ruang bawah pelana berkapasiti 9.2 liter, sistem pengatup kunci sebagai ciri keselamatan dan brek cakera pada roda depan untuk kuasa henti optimum. Vega Force dengan rim sport dijual pada harga Rp16,060,000 (RM4,750), manakala varian rim jejari berharga Rp15,150,000 (RM4,480).

Related

149
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Bebek, Kapcai, Moped, motosikal, underbone, Yamaha, Yamaha Indonesia, yamaha vega force

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev