ASTRA Honda Motor (AHM) hari ini mendedahkan skuter advencer sesaran kecil, ADV 150 sempena Pameran Auto Antarabangsa Gaikind0 (GIIAS) 2019 yang diilhamkan daripada skuter berkuasa besar X-ADV.
ADV 150 tampil agresif dengan rupa bersegi menerusi lampu utama LED kembar dan skrin pengadang angin tinggi yang diapit signal belok LED.
Di belakang, ADV 150 nampak mirip X-ADV dengan rekaan lampu LED bentuk X. Ia tampil dalam bentuk skuter konvensional dengan lantai kaki jenis step-through. Juga ada ekzos rentang belakang yang cukup sporty.
BACA >>> Honda Indonesia Bakal Lancar 'X-ADV 150cc' Sempena GIIAS 2019?
Pemuka pada hendal ADV 150 tertera kluster instrumen LCD, juga seperti model abangnya, X-ADV dengan paparan maklumat spidometer, odometer, ekonomi bahan api, meter trip, tolok minyak voltan bateri, jam dan kalendar.
Spesifikasi enjin menggunakan trenkuasa enjin 4-lejang 149.3cc SOHC berkuasa 14.5hp @ 8,500rpm dan tork 13.8Nm @ 6,500rpm dengan transmisi V-Matic. Roda depan menggunakan rim 14 inci, manakal belakang 13 inci dan dibalut tayar dual-sport.
BACA >>> BSH Umum Harga: X-ADV (RM61k) dan Africa Twin (RM74k) di Malaysia!
Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik di belakang, dan absorber kembar di belakang buatam Showa. Sistem henti pula digalas brek cakera pada kedua-dua roda depan dan belakang dengan ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) atau brek kombo (CBS).
ABS dan CBS juga adalah dua varian ADV 150 ditawarkan AHM untuk pasaran Indonesia. Varian ABS didatangkan dengan dua warna: Advance Red dan Advance White, manakala CBS ada empat warna: Tough Matte Brown, Tough Matte Black, Tough Red dan Tough Silver.
Harga jualan ADV 150 dijangka Rp34 juta (RM10,070) berdasarkan maklumat foto yang bocor di media sosial.
Adakah ada dalam rancangan Boon Siew Honda untuk membawa masuk model ini untuk berentap dengan Yamaha NVX? Apapun, haruslah tunggu RS150R baharu masuk dulukan...
GALERI
KREDIT FOTO: MotoPlus-Online
Leave a Reply