• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Porsche 911 Carrera S dan Carrera 4S Lancar di Malaysia, Harga Bermula RM1.15 juta

Porsche 911 Carrera S dan Carrera 4S Lancar di Malaysia, Harga Bermula RM1.15 juta

July 12, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

102
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEMPENA siri perlumbaan Porsche Carrera Cup Asia (PCCA), Sime Darby Auto Performance (SDAP) memperkenalkan 911 Carrera generasi ke-8 untuk pasaran tempatan.  Selain seronok melayan trek, model sport ini juga selesa dipandu di kawasan bandar sebagai kereta harian.

911 Carrera baharu ini boleh ditempah dalam dua pilihan model spesifikasi Malaysia:

  • Porsche 911 Carrera S - bermula RM1,150,000
  • Porsche 911 Carrera 4S - bermula RM1,220,000

BACA >>> Baik Pulih Porsche 911 Tertua Ini Ambil Masa 3 Tahun Sebelum Dapat Disiapkan!

ENJIN BOXER 6-SILINDER BAHARU

Prestasi 911 Carrera S dan 4S dipertingkat menerusi enjin boxer 6-silinder turbo baharu dengan kuasa tambahan 30hp dan tork 30Nm berbanding model terdahulu.  Enjin yang terletak di belakang itu mampu menjana kuasa setinggi 450hp @ 6,500 rpm  dan tork maksimum 530Nm @ 2,300-5,000rpm.

Angka prestasi diperoleh menerusi penambahbaikan proses suntikan, arkitektur baharu untuk sistem pengecas turbo dan penyejukan udara.

Padanan transmisi 8-kelajuan PDK kini memberikan terjahan kuasa terbaik dan kelajuan menakjubkan. Buktinya, pecutan 0-100kmj untuk 911 Carrera S mampu dilakukan sepantas 3.7 saat, manakala  911 Carrera 4S (3.6 saat).

BACA >>> Inilah Porsche 911 yang ke-1,000,000, Sudah 54 Tahun Kekalkan Legasi

911 Carrera S mampu mencapai kelajuan maksimum 308kmj untuk versi standard, dan 306kmj bagi versi pacuan semua roda (AWD). Atas kertas, 911 Carrera S merekodkan kecekapan bahan api 8.9 liter per 100km, dan 911 Carrera 4S (9.0 liter per 100km).

KABIN MINIMALIS, ELEGAN DAN KEMAS

Masuk ke dalam kabin, papan pemuka menggabungkan elemen tradisional dan teknologi terkini yang diserlahkan menerusi rekabentuk halus dan instrumen tersembunyi, diilhamkan daripada empat generasi 911 terdahulu. Kluster meter 7 inci tanpa bingkai diserlahkan menerusi padanan rev analog di tengah yang diapit dua lagi informasi digital lain.

Unit infotainment dengan skrin sentuh 10.9 inci di konsol tengah didatangkan bersama antaramuka Porsche Communication Management (PCM). Di bawah, ada lima butang untuk akses kepada keperluan pemanduan dan fungsi casis.

REKABENTUK ILHAM GENERASI AWAL 911

Rekabentuk luaran 911 masih membawa aura nostalgia lama yang dikemaskan dengan rim 20 inci (depan) dan 21-inci (belakang).  Dimensi depan 911 kini lebih lebar 45mm dan bonet lebih panjang. Lampu utama jenis LED dipadankan dengan lampu siang (DRL) 4-poin bersama lampu malap yang disepadukan pada sayap.

Rekabentuk belakang 911 didominasi lampu panjang tipis merentangi but. Ambila udara bawah tingkap belakang memberikan pandangan visual unit tunggal, manakala spoiler belakang 25 peratus lebih lebar.

Perbezaan varian, model pacuan roda belakang (RWD) didatangkan dengan rim hitam, manakala AWD dilengkapi elemen krom pada gril belakang.

BACA >>> #Videotomotif: Inilah Bukti Porsche 911R Mampu Pecut 323kmj Atas Jalan Raya Biasa

SISTEM BANTUAN PEMANDUAN TERKINI

Mod pemanduan Wet Porsche Mode (WPM) diberikan sebagai citi standard untuk semua varian yang dibangunkan untuk mengesan air atas permukaan jalan. Sistem WPM kemudian akan memberi amaran awal dan pemandu boleh melaraskan tetapan kereta ini dengan menekan butang mod pada stereng (pakej Sport Chrono).

Brek Kecemasan dengan bantuan kamera juga dipakejkan standard bagi mengelak insiden perlanggaran dengan objek bergerak. 911 ini turut dibekalkan Bantuan Penglihatan Malam (NVA) dengan kamera pengimejan termal untuk memudahkan pemanduan malam. Juga disediakan sistem Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) yang pakejkan bersama Kawalan Jarak Automatik (ADC), Fungsi Mula-Henti (start-and-stop), Perlindungan Penumpang Bolehbalik (ROP) dan  Bantuan Kecemasan Autonomi (AEA).

GALERI

Related

102
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Kereta Sport, Porsche, Porsche 911, Porsche 911 Carrera, Porsche 911 Carrera 4S, Porsche 911 Carrera S, Porsche Carrera Cup Asia (PCCA), Sime Darby Auto Performance (SDAP)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev