• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Volkswagen Beetle Collector's Edition - 75 Unit Edisi Khas Selamat Tinggal untuk Malaysia

Volkswagen Beetle Collector's Edition - 75 Unit Edisi Khas Selamat Tinggal untuk Malaysia

July 11, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

274
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HARI ini, Volkswagen Beetle mengucapkan selamat tinggal kepada dunia automatif dengan mengakhiri pengeluaran model ikonik itu selepas lebih 80 tahun di pasaran.

Sempena memperingati hari istimewa itu Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) memperkenalkan model edisi terhad 'Beetle Collector's Edition' yang dikeluarkan 75 unit sahaja.

BACA >>> #RetroAuto: Cerita di Sebalik Moyang Sebenar kepada Volkswagen Beetle

Dijual pada harga RM164,390, model edisi terhad ini didatangkan dalam pilihan warna Blue Silk, Pure White, Hanabero Orange dan Tornado Red yang siap dilengkapi aksesori bernilai hingga RM12,000, terdiri daripada:

  • Spoiler belakang
  • Pelekat jalur dekoratif
  • Paip ekzos krom
  • Pedal sport aluminium
  • Sil pintu
  • Cermin gelap VW Tint
  • Lencana nombor pengeluaran dengan sijil pemilikan rasmi Collector's Edition

BACA >>> Pengeluaran Volkswagen Beetle Ditamatkan, Unit Paling Akhir Dikeluarkan di Mexico

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata, pelancaran Beetle Collector's Edition bertujuan meraikan kejayaan dicapai Beetle di pasaran antarabangsa. Di Malaysia, Beetle mula dipasangkan di Shah Alam pada 1968.

Pelancaran tersebut ialah sebahagian kempen 'Bye-Bye Beetle' yang diadakan sempena acara Perhimpunan Ikonik pada 13 Julai ini di Putrajaya.

GALERI

 

Related

274
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, beetle, Beetle Collector's Edition, beetle ikonik, Roda4, Volkswagen, Volkswagen Beetle, Volkswagen Beetle Collector Edition, Volkswagen Group, Volkswagen Passenger Car Malaysia (VPCM)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my