ZAMAN sekarang, motosikal disimpan dalam kediaman berpagar dan dijaga pengawal keselamatan pun belum tentu selamat. Dalam otak penyamun, "benda boleh dapat percuma, kenapa nak beli?" Ada saja ikhtiar jahat dilakukan mereka untuk dapatkan apa yang dimahukan.
Insiden ini berlaku ke atas pemilik Ducati 899 Panigale dan Aprilia RSV4 apabila pam dan kaliper brek kedua-dua motosikal mangsa didapati hilang tanpa jejak. Kes yang berlaku semalam itu dimuat naik dalam laman Facebook Moto Garage Puchong.
BACA >>> Baru Seminggu Beli Motor, Kepala Yamaha Y15ZR V2 Sudah Kena Curi
Kesan daripada insiden tersebut, mangsa terpaksa menunda motosikalnya ke kedai. Nampaknya kegiatan mencuri komponen motosikal berkuasa tinggi semakin berleluasa.
Penyelesaian terbaik selepas ini mugkin kita perlu selimutkan motosikal supaya tidak mudah dilihat penyamun dari luar pagar. Kepada tuan motor, kami ucapkan takziah dan harap dia dapat bertabah menghadapi dugaan yang menimpa. Mungkin langkah keselamatan lain boleh diambil seperti memasang kamera litar tertutup (CCTV).
BACA >>> 5 Tip Elak Motosikal Kena Curi yang Mesti Mat Motor Buat!
Leave a Reply