• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / MV Agusta Bakal Perkenal Superveloce Versi Pengeluaran Massa yang Lebih Murah

MV Agusta Bakal Perkenal Superveloce Versi Pengeluaran Massa yang Lebih Murah

July 8, 2019 By Aryon Leave a Comment

546
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MV Agusta merancang menghasilkan Superveloce, Brutale 1000 dan beberapa model lain dalam versi pengeluaran massa yang lebih murah dan mampu milik.

Superveloce Serie Oro ialah model edisi khas yang dikeluarkan 300 unit sahaja, tetapi versi standard kini khabarnya sudah siap dihasilkan pengeluar dari Itali itu.

BACA >>> Tempahan MV Agusta Superveloce 800 Serie Oro Dibuka, Cuma 300 Unit Dikeluarkan

Ketua Pegawai Ekesekutuf (CEO) MV Agusta, Timur Sardarov berkata, projek Serie Oro asalnya dimulakan dengan meletakkan prioriti kepada pelanggan utama jenama itu. Kini MV Agusta sudah mula bekerja untuk menghasilkan model pengeluaran massa yang lebih mampu milik untuk peminat sedia ada dan pembeli baharu.

"Kami mahu bawakan motosikal itu kepada seramai pelanggan yang boleh, dan ia mesti mudah diakses dengan ciri yang kurang tetapi memiliki DNA dan rekabentuk yang sama," katanya.

Jadi ada kemungkinan beberapa komponen premium seperti rim magnesium dan fork terbalik (USD) Marzocchi akan digantikan dengan komponen yang kurang mahal. Namun, spesifikasi asas seperti trenkuasa utama, casis dan ciri bantuan tunggangan adalah kekal sama.

Sardarov berkata lagi, Brutale 1000 juga akan menggunakan resipi sama, iaitu diperkenalkan dalam versi Serie Oro sebanyak 300 unit sahaja sebelum disusuli model pengeluaran massa.

BACA >>> MV Agusta Dedah Harga Brutale 1000 Serie Oro Edisi Terhad, RM201,700

"Kami tidak akan berhenti dengan Superveloce. Ada beberapa kejutan akan datang nanti," kata Sardarov lagi.

SUMBER: RideApart

Related

546
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: MV Agusta, MV Agusta Brutale 1000, MV Agusta Superveloce Serie Oro, roda2, Series Oro, Timur Sardarov

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my