• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mazda3 (2019) Kini di Malaysia, Inilah Kereta Segmen-C Paling Seksi Buat Masa Ini

Mazda3 (2019) Kini di Malaysia, Inilah Kereta Segmen-C Paling Seksi Buat Masa Ini

July 6, 2019 By Abang GYL 1 Comment

3.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEPERTI dijanjikan, akhirnya Mazda3 (2019) generasi keempat kini sudah berada Malaysia dan ditayangkan kepada umum di bilik pameran Mazda terpilih. Paling penting, majlis pelancaran sedan segmen-C ini disahkan berlangsung 17 Julai ini kerana kami dan rakan media lain sudah pun menerima surat jemputan daripada Mazda.

Mazda3 (2019) tampil dengan rekabentuk lebih seksi dan menggiurkan berbanding versi sedia ada. Kami juga yakin sesiapa saja yang kali pertama terpandang, pasti akan jatuh cinta.

BACA >>> Mazda3 (2019) Tawar Teknologi SkyActiv-X, Enjin Petrol dengan Pembakaran Cara Diesel

Mengetengahkan falsafah rekabentuk Mazda Kai, model ini didatangkan dalam dua varian untuk pasaran Malaysia, iaitu petrol Skyactiv-G 1.5L dan petrol Skyactiv-G 2.0L yang masing-masing ditawarkan dalam versi sedan dan hatchback.

Bagaimanapun, varian Skyactiv-D 1.8L Diesel dan Skyactiv-G 2.5L Petrol tidak dibawa masuk buat masa ini. Begitu juga enjin terbaharu Mazda, Skyactiv-X, juga tiada dalam senarai model pasaran Malaysia berikutan faktor harga.

Bagi varian petrol Skyactiv-G 1.5L, ia mampu menghasilkan 118hp bersama 153Nm tork. Penggunaan bahan api dicatatkan ialah 5.8L per 100km.

Manakala versi petrol Skyactiv-G 2.0L pula menawarkan 162hp dan 213Nm tork. Atas kertas, kelajuan maksimum ialah 216kmj dan penggunaan bahan api 6.2L per 100km. Kedua-dua varian itu turut dipadankan dengan kotak gear automatik 6-kelajuan.

REKABENTUK SEKSI, MENGGIURKAN

Seperti kami katakan, rekabentuk luaran Mazda3 (2019) memang seksi, terutama versi hatchback. Dimensi sedan kompak ini turut ditambah dengan panjang 4,662mm (+82mm), lebar 1,797mm (+2mm) dan tinggi 1,445mm (+5mm), serta jarak roda dipanjangkan 25mm kepada 2,725mm.

Versi hatchback pula memiliki panjang 4,459mm (-1mm), lebar 1,797mm (+2mm), dan tinggi 1,440mm (-10mm).

DALAM RINGKAS DAN PADAT

Bukan saja luaran, ruang dalaman Mazda3 (2019) juga tampil lebih kemas dengan pelbagai perincian baharu seperti:

  • Rekabentuk stereng baharu
  • Posisi skrin infotainment 8.8 inci lebih lebar dengan antaramuka menu baharu
  • Pembesar suara ditala untuk kualiti bunyi lebih lunak daripada corong 8 pembesar suara, dan opsyen tambahan 12 pembesar suara daripada sistem audio Bose. Bagaimanapun, Malaysia hanya menerima 8 pembesar suara.
  • Kerusi kontur S
  • Perehat lengan (armrest) lebih luas dan lebar
  • Panel meter baharu
  • Penggunaan material lebih berkualiti seperti kenderaan mewah lain
Mazda3 2019 Malaysia_PanduLaju_21
Mazda3 2019 Malaysia_PanduLaju_27
Mazda3 2019 Malaysia_PanduLaju_19
Mazda3 2019 Malaysia_PanduLaju_32
Mazda3 2019 Malaysia_PanduLaju_29
Mazda3 2019 Malaysia_PanduLaju_22

HARGA BERMULA RM139,000

Harga ialah soalan paling banyak ditanya kepada kami. Buat masa ini, tiada sebarang pengumuman rasmi daripada pihak Mazda mengenai harga Mazda3 (2019).

Mazda3 (2019) akan dijual bermula RM139,620 hingga RM160,059 seperti berikut:

  • Mazda3 (2019) SkyActiv-G 1.5L (sedan/hatchback) - RM139,620
  • Mazda3 (2019) SkyActiv-G 2.0L High (sedan) - RM150,059
  • Mazda3 (2019) SkyActiv-G 2.0L High Plus (sedan/hatchback) - RM160,059

Ya, harga baharu ini nampak agak keras berbanding model sekarang. Harus ketahui, Mazda3 (2019) ini model import sepenuhnya (CBU) dari Jepun. Jadi cukai dikenakan agak tinggi.

Mungkin peminat dan fanatik Mazda saja akan faham. Jangan lupa tonton video ringkas yang sempat kami rakam ketika memandu uji Mazda3 (2019) di Jepun, baru-baru ini.

BACA >>> 12 Fakta Pantas: Mazda CX-30 (2020) yang Anggun Debut di Geneva

BACA >>> Mazda3 (2019) Tawar Teknologi SkyActiv-X, Enjin Petrol dengan Pembakaran Cara Diesel

GALERI MAZDA3 DI MALAYSIA
GALERI MAZDA3 DI JEPUN
2019 Mazda3 Malaysia
2019 Mazda3 Malaysia

Related

3.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: 2019 mazda3, enjin mazda3 2019, harga 2019 mazda3, Honda Civic, Mazda3 (2019), Mazda3 (2019) Malaysia, pesaing segmen C, Toyota Altis

Comments

  1. sewa pa system says

    July 7, 2019 at 3:19 PM

    fuhh..mmg keras harganya..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev