• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jentera RC16 Hafizh Mungkin Akan Dipasangkan Swingarm Karbon di Jerman?

Jentera RC16 Hafizh Mungkin Akan Dipasangkan Swingarm Karbon di Jerman?

July 3, 2019 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


JENTERA RC16 milik Hafizh Syahrin daripada pasukan Red Bull KTM Tech3 mungkin dipasangkan swingarm gentian karbon, sama seperti rakan pasukan KTM lain untuk saingan GP Jerman hujung minggu ini.

Komponen sama pernah digunakan rakan pasukannya, juga rookie, Miguel Oliveira di TT Circuit Assen, Belanda. Sebelum itu, ia terlebih dahulu dipasangkan pada jentera pasukan pengilang Red Bull KTM Factory ketika aksi di Le Mans, GP Perancis, termasuk GP Belanda.

"Kami sangat seronok dengan swingarm karbon yang kami ada untuk Miguel. Harap Hafizh juga dapat satu di Sachsenring untuk bagi power motor dia," kata bos Tech3, Herve Poncharal.

TEMPAT KE-15 TANPA SWINGARM KARBON

Hafizh, juga satu-satunya pelumba KTM yang tidak ditawarkan lanjutan kontrak untuk musim 2020, berjaya meraih mata buat kali kedua musim ini apabila menamatkan saingan di tempat ke-15 di Assen. Oliveira pula di kedudukan ke-13.

Hafizh sebenarnya sudah mendahului Oliveira, tetapi mengalami masalah hilang cengkaman tayar belakang sebelah kanan ketika saingan berbaki beberapa pusingan lagi sebelum terpaksa akur dengan keputusan diperoleh. Perlu diingat, jentera dia cuma menggunakan swingarm standard.

"Selepas perlumbaan separuh pertama yang sangat sengit di Assen, aku harap dapat terus ke Jerman sekarang. Aku tahu semua tu bukan senang dan kami akan sampai di litar istimewa buat kali pertama dengan KTM.

"Kami akan cuba cari rentak yang baik sejak awal dan setkan elektronik. Trek tu betul-betul pendek dan perlumbaan akan jadi sangat panjang dengan 30 lap dan sangat mencabar buat setiap pelumba," kata Hafizh lagi.

Swingarm gentian karbon yang akan digunakan jentera KTM nanti bukan saja sangat ringan, tetapi juga memberikan kelebihan dalam aspek ketahanan tayar, terutama untuk perlumbaan jarak jauh.

SUMBER: Crash.net

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Bo55ku, el pescao, Germany GP, GP Jerman, Hafizh Syahrin, Herve Poncharal, KTM RC16, MotoGP, MotoGP 2019, Pescao55, Red Bull KTM Tech3, roda2, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev