• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #TahukahAnda: Apakah Terjadi Kalau Sengaja Tidak Mahu Guna Bateri Motosikal?

#TahukahAnda: Apakah Terjadi Kalau Sengaja Tidak Mahu Guna Bateri Motosikal?

July 1, 2019 By Admin PanduLaju 2 Comments

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


Bagi motosikal jenis karburetor, penggunaan komponen bateri sangat penting. Ia memainkan peranan membekalkan tenaga elektrik kepada sistem pencucuhan dan pencahayaan walaupun tugas tersebut kemudian digalas alternator selepas motosikal itu dihidupkan.

Namun apakah pula akan terjadi kepada sesebuah motosikal yang sengaja tidak mahu menggunakan bateri? Kononnya tanpa bateri, motosikal masih dapat dihidupkan dan berfungsi macam biasa. Apakah ada kesan negatif yang perlu ditanggung penunggang?

1. SUSAH HIDUPKAN MOTOR

Bila motor dah tak boleh start, terpaksalah menolak...

Bagi menghidupkan motosikal, cukup dengan hanya menekan punat penghidup di hendal. Perlu diingatkan, sistem penghidup elektrik menggunakan kuasa elektrik dan komponen utama yang membekalkan kuasa elektrik itu ketika enjin mati ialah bateri.

Jadi jika tiada bateri, maka ciri penghidup elektrik tidak boleh digunakan. Terpaksalah guna penghidup tendang secara manual.

BACA >>> #ApaNakBuat: Tekan Starter, Tetapi Kenapa Motor Tak Hidup-Hidup?

2. LAMPU ISYARAT TIDAK BERFUNGSI

Ada sesetengah rider memang sengaja buat signal menyala sepanjang masa. Mungkin otaknya di lutut.

Mungkin anda pernah nampak situasi lampu signal berkelip sangat cepat atau tidak berkelip langsung (sentiasa terpasang). Dalam kes tertentu, ia bukan disebabkan lampu signal, tetapi voltan elektrik yang menyebabkan pengelip (flasher) gagal mengelipkan lampu.

Kenapa voltan elektrik boleh berkurangan? Ini kerana rev enjin rendah hingga voltan yang dihasilkan alternator juga rendah. Bagi motor yang menggunakan bateri, situasi ini dapat dielak. Namun, jika motor tiada bateri, maka lampu isyarat akan terus menyala tanpa kelip kecuali apabila memulas terotel ketika mengambil selekoh.

BACA >>> Siapakah Memandai Buat Syarat Lampu Signal Capang? Kerajaankah, Freemasonkah?

3. LAMPU MOTOR MALAP KETIKA RPM RENDAH

Kadang-kadang lampu malap sebab kaca lampu dah memang lama sangat dan perlu diganti baharu.

Jika enjin dalam keadaan lahu atau perlahan, maka rev enjin akan berada sekitar 1,000rpm. Dalam kondisi ini, elektrik yang dihasilkan alternator adalah sangat terhad dan tidak kuat untuk menampung beban elektrik, daripada sistem pencucuhan hingga pencahayaan. Inilah antara sebab kenapa lampu motor jadi malap dan hanya terang semula apabila terotel dipulas.

Selepas mengambil kira segala kesan negatif akibat tidak menggunakan bateri, jadi adalah lebih baik jika anda tidak memandai-mandai untuk cabut komponen tersebut.

BACA >>> Penunggang Filipina Bantah Undang-Undang Nombor Plat Motor Terlajak Saiz

SUMBER: Suzuki.co.id

Related

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: bateri motorsikal, pek bateri, TahukahAnda

Comments

  1. Hanif says

    March 8, 2020 at 11:38 PM

    Bagaimana pula dengan motorsikal jenis injection?

    Reply
  2. Anonymous says

    December 19, 2020 at 1:39 PM

    Entah laa

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev