• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Perodua Lancar Axia di Seychelles, Harga Bermula RM71,500

Perodua Lancar Axia di Seychelles, Harga Bermula RM71,500

June 28, 2019 By Han Othman Leave a Comment

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERODUA melakarkan sejarah tersendiri apabila melancarkan model Axia Seychelles yang ditawarkan dalam empat varian berbeza, terdiri daripada:

  • E MT - SRe235,000 (RM71,500)
  • G AT - SRe265,000 (RM80,600)
  • SE - SRe275,000 (RM83,700)
  • AV - SRe290,000 (RM88,300)

* SRe - Rupee Seychellois

Semua varian dikuasakan enjin 1.0L 1KR-VE dengan teknologi VVT-i dan ditawarkan dalam dua opsyen transmisi,  manual 5-kelajuan (E MT) dan automatik 4-kelajuan (G AT, SE, AV).

PERKENAL JENAMA NASIONAL KE PASARAN GLOBAL

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Dato’ Dr Zahari Husin berkata, Perodua sangat teruja dapat mengeksport produk jenama itu ke Seychelles kerana memberi peluang untuk memperkenalkan jenama nasional itu kepada masyarakat pelbagai bangsa yang berkunjung ke negara tersebut untuk bercuti.

“Kami percaya ini akan beri manfaat kepada pasaran eksport masa depan kami,” katanya.

Perodua melantik SF Hybrid Motors Pty Ltd sebagai pengedar rasmi di Seychelles bagi urusan jualan dan perkhidmatan selepas jualan di negara pulau tersebut.

“Perodua dan SF Hybrid Motors baru-baru ini menandatangani MoU (Memorandum Persefahaman) bagi memasarkan model Perodua di Seychelles kepada pembeli individu dan flit,” kata Dr Zahari.

Selain Seychelles, Perodua turut mengeksport produk ke negara Afrika seperti Mauritius dengan 3,000 unit kenderaan terjual sejak 1996.

“Kami akui prestasi eksport kami masih tidak signifikan buat masa ini, tetapi kami gigih berusaha untuk mengembangkan perniagaan kami.

“Kami sedang bekerjasama dengan rakan teknikal dan teknologi, Daihatsu Motor Company of Japan, dengan memanfaatkan pengalaman dan rangkaian mereka untuk merancang eksport lebih mampan dan menguntungkan,” kata Dr Zahari lagi.

Menurutnya, Seychelles ialah destinasi popular buat pelancong Eropah dan Afrika dan ini akan membuka lebih banyak peluang eksport melalui pendedahan jenama Perodua.

Pengarah SF Hybrid Motors, Christophe Larue mengalu-alukan kehadiran Peroduake Seychelles.

"Kami percaya kepada Perodua dan oleh itu kami menawarkan waranti tiga tahun hingga 100,000km. Perodua Axia amat sesuai untuk pasaran Seychelles – ia menawarkan gaya, keselamatan, ciri pintar dan kos pemilikan, servis dan alat ganti rendah,” katanya.

Seychelles ialah negara pulau yang terdiri daripada 115 pulau di Lautan Hindi, sebelah timur daratan Afrika.

Related

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Christophe Larue, Dato’ Dr Zahari Husin, Eksport Perodua, hatchback segmen-B, Perodua, Perodua Axia, segmen A, Seychelles, SF Hybrid Motors Pty Ltd

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev