• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ramai Tak Sangka Lelaki Ini Jadi Pelumba Toyota untuk Berentap di Nürburgring

Ramai Tak Sangka Lelaki Ini Jadi Pelumba Toyota untuk Berentap di Nürburgring

June 24, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

41
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PADA 22-23 Jun lalu berlangsung perlumbaan enduran global popular, 24 Hours of Nürburgring di Jerman. Seperti biasa, perlumbaan tersebut menghimpunkan banyak nama besar dalam dunia perlumbaan seperti Audi, Mercedes-Benz, Porsche dan sebagainya.

Lebih 150 kereta lumba akan berentap atas litar dengan jarak 25km tersebut. Kejuaraan tersebut juga menjadi medan menguji pemandu, pasukan dan kereta lumba masing-masing.

Toyota turut menyertai perlumbaan tersebut dengan mempertaruhkan  model ikonik, GR Supra baharu. Lebih mengujakan, seminggu sebelum itu dua pasukan Toyota Gazoo Racing (TGR) menduduki tempat pertama dan kedua perlumbaan 24 Hours of Le Mans.

Toyota pada kejuaraan itu membariskan nama besar, iaitu Sébastien Bumi Kamui Kobayashi dan Fernando Alonso.

BACA >>> #GMS2018: 5 Fakta Pantas Tentang Toyota GR Supra Concept

Dalam penyertaan di Nürburgring kali ini, ada seorang pelumba misteri yang memakai nama samaran bertulis, 'Morizo', yang akan bersama tiga lagi pelumba menggunakan GR Supra bernombor 90, iaitu Masahiro Sasaki, Uwe Kleen dan Herwig Daenens.

Siapakah Morizo? Beberapa ketika sebelum berlangsung perlumbaan, Toyota akhirnya mengesahkan individu di sebalik nama samaran itu ialah Presiden Toyota sendiri, Akio Toyoda. Memang  mengujakan apabila mengetahui individu tertinggi itu ialah pelumba yang akan memandu kereta keluaran syarikatnya sendiri dalam satu aksi kejuaraan ikonik.

Faktanya, Toyoda bukan nama asing dalam dunia perlumbaan. Beliau pernah terlibat dalam pembangunan Supra baharu, termasuk menjadi anak didik kepada pemandu legenda, Hiromu Naruse (foto atas). Kejuaraan ini adalah kali kedua beliau berlumba dalam 24 Hours of Nürburgring sejak 2007.

Perlumbaan kali ini, Toyota menggunakan GR Supra dalam dua pusingan Kejuaraan Endurans VLN di Nürburgring sebagai persediaan.

Pada pusingan ketiga pasukan menduduki tempat ketiga dalam kelasnya untuk perlumbaan yang mengambil masa empat jam. Bagaimanapun, perlumbaan pusingan kedua pada April sama terpaksa dibatalkan selepas baru saja bermula akibat cuaca buruk disebabkan salji.

Penyertaan Toyoda dianggap sesuatu yang istimewa. Menurutnya, ketika berlatih di Nürburgring, Naruse memberikannya ilham untuk menghasilkan semula Supra dan membawa semua model itu ke Nürburgring. Jadi, penyertaan tahun ini ialah jawapan kepada impian tersebut.

BACA >>> 5 Kereta yang Mungkin Supra (2020) 'Tapau' di Litar Nurburgring

Toyota Gazoo Racing Supra 02
Akio Toyoda dan Toyota Yaris WRC

Nürburgring sendiri ialah lokasi penting buat Supra baharu kerana litar tersebut dijadikan medan ujian. Toyota menyertai 24 Hours of Nürburgring buat kali pertama di bawah pasukan TGR pada 2007 dengan menggunakan dua Toyota Altezza RS200.

Pasukan itu kembali semula pada 2013 dan 2014 menggunakan Toyota 86 dengan mencatatkan kemenangan dalam kelas pada 2014.

Walaupun mempunyai keazaman dan kesungguhan tinggi untuk perlumbaan kali ini, Toyota nampaknya harus bersabar kerana podium 2019 sedia diduduki Audi R8 LMS di tempat pertama dan ketiga, manakala kedua menjadi milik Porsche 911 GT3 R.

Ada laporan mendakwa GR Supra terlibat dalam kemalangan dengan Mercedes-AMG GT selepas cuaca hampir gelap.

Walaupun gagal ddalam 24 Hours of Nürburgring, Toyota sebenarnya sudah mencatatkan kemenangan besar tahun ini seperti menjuarai perlumbaan Le Mans dan Rali Dakar. Malah, pada tahun lalu memenangi Kejuaraan Rali Dunia (WRC).

BACA >>> Toyota GR Supra Lancar di Jepun, Harga Bermula RM186k untuk Varian 2.0L Turbo!

Toyota Supra.02
Toyota Supra.03
Toyota Supra.04
Toyota Gazoo Racing Supra 02
Akio Toyoda dan Toyota 86 rali
Akio Toyoda dan Toyota Yaris WRC
Akio Toyoda (aka Morizo) Presiden TMC
hiromu-narose
akio-toyoda-24-hours-of-nurburgring

Related

41
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Akio Toyoda, Hiromu Naruse, Nürburgring, Perlumbaan Nürburgring 24 Jam, Perlumbaan Nürburgring 24 Jam 2019, Toyota, Toyota Gazoo Racing, Toyota GR Supra, Toyota Supra, Toyota Supra A90

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev