• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Foto Suzuki Gixxer 155 (2019) Baharu Bocor

Foto Suzuki Gixxer 155 (2019) Baharu Bocor

June 21, 2019 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


SEBELUM sempat Suzuki melancarkan Gixxer 155 (2019) baharu di India dalam masa beberapa bulan lagi, foto streetbike itu sudah berlegar di media sosial.

Gixxer 155 (2019) masih mengekalkan bahasa rekabentuk model terdahulu dengan rekabentuk maskular yang diberikan beberapa pembaharuan untuk rupa lebih segar. Bentuk tangki minyak kekal lebar dan lebih bersegi sertas berotot. Lampu utama LED kini lebih slik berbanding unit mentol pada model lama.

BACA >>> India Lancar Suzuki Gixxer SF 155 (2019), Harga RM6,500

Streetbike ini turut menampilkan kluster instrumen digital latar putih yang direka semula, menggantikan latar jingga pada model terdahulu.

Perubahan paling ketara ialah seksyen belakang motosikal yang kini lebih tajam bersama tetapan pelana terpisah, sama seperti model fairing penuh, Gixxer SF 155 (2019), foto bawah. Rekabentuk ekzos nampaknya  sama seperti saudaranya.

Enjin dan alat ganti juga tidak banyak berbeza dengan Gixxer 155 SF (2019), dikuasakan trenkuasa 155cc penyejukan udara dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 13.9hp dan tork 14Nm. Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik di depan dan monoshock di belakang, manakala sistem brek dijaga brek cakera pada kedua-dua roda depan dan belakang yang masing-masing dibekalkan ciri ABS satu saluran.

BACA >>> Suzuki Gixxer SP Edition, Edisi Khas dengan Warna Hitam dan Emas

Harga ramalan Gixxer 155 (2019) ialah sekitar Rs95,000 (RM5,670). Atas jalan, model sportbike ini akan berentap dengan Yamaha FZ-S, Honda CB Hornet 160R dan TVS Apache RTR 160 5V di India.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: India, roda2, sportbike, Spyshot, streetbike, Suzuki, Suzuki Gixxer 155 (2019), Suzuki India

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my