• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #MCVE2019: Scania Malaysia Meterai Perjanjian Inisiatif Trak Hijau

#MCVE2019: Scania Malaysia Meterai Perjanjian Inisiatif Trak Hijau

June 21, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

88
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SCANIA Malaysia dan Aone Logistics Sdn Bhd menandatangani perjanjian trak Scania Ecolution yang pertama di Asia pada Ekspo Kenderaan Komersial Malaysia (MCVE) 2019. Kerjasama tersebut mensasarkan usaha membantu mengurangkan penggunaan bahan api dan pelepasan karbon dioksida.

Kemajuan dalam mencapai sasaran ini akan dipantau menerusi penilaian dan perbincangan dengan Scania Ecolution yang bertumpu kepada dua aspek:

  • Mengurangkan kos operasi.
  • Menambah baik keuntungan selain keprihatinan terhadap inisiatif hijau.

BACA >>> Marie Sjödin Dilantik Pengarah Urusan Scania Asia Tenggara Baharu

Majlis tandatangan itu diwakili Pengarah Urusan Scania Asia Tenggara, Marie Sjödin Enström dan Pengarah Urusan Aone Logistics Sdn Bhd, S Palani.

Aone Logistics Sdn Bhd memperoleh 15 trak Scania barisan Siri G, awal tahun ini bagi menambahkan keperluan trak dan pengangkutan syarikat itu. Perolehan tersebut dibuat dengan terma sewa beli yang lengkap dengan kontrak penyelenggaraan dan baik pulih, termasuk Scania Fleet Care.

“Selain prestasi, keselamatan dan reliabiliti trak Scania, Scania Ecolution akan membantu perniagaan kami dari segi penemuan simpanan kos dalam setiap perincian operasi. Pengurangan pelepasan karbon dioksida, dan penggunaan bahan api lebih baik juga memenuhi salah satu komitmen Aone Logistics dalam memelihara alam sekitar,” kata S Palani.

BACA >>> Jualan Kenderaan Penumpang dan LCV Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi Tewaskan VW, Toyota

TRAK GENERASI BAHARU SCANIA

Selain itu, Scania Malaysia turut mempamerkan tiga Trak Generasi Baharu  yang memenangi anugerah khas:

  • Scania S450A6x2NA
  • Scania G360B8x2NA
  • Scania R560A6x4NZ

Barisan siri G ialah model saiz pertengahan dalam Trak Generasi Baru yang menyediakan kabin yang sesuai untuk aplikasi rangkaian lebih besar, manakala barisan Siri R menawarkan enjin premium lebih berkuasa untuk muatan panjang dan persekitaran kerja diperlukan.

Turut dipamerkan ialah bas casis K410IB4x2 untuk mendidik pengunjung tentang  keselamatan lebih baik selain mengurangkan impak ke atas alam sekitar dalam semua pengangkutan Scania. Casis bas ini dilengkapi fungsi Scania Opticruise dengan tahap bunyi rendah menerusi penggantungan udara penuh untuk tahap keselesaan terbaik.

BACA >>> Scania Perkenal Barisan Trak Generasi Baharu untuk Pasaran Malaysia

Scania Ecolution_2
Scania Ecolution_3
Scania Ecolution_4
Scania Ecolution_1
Scania Ecolution_5
scania-malaysia-2019-bg

Related

88
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aone Logistics Sdn Bhd, Auto Terkini, Ekspo Kenderaan Komersial Malaysia (MCVE) 2019, Scania, Scania Asia Tenggara, Scania Ecolution, Scania G360B8x2NA, Scania Malaysia, Scania R560A6x4NZ, Scania S450A6x2NA, trak scania

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev