• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Nissan e-NV200 Ice Cream Concept - Contoh Kereta Niaga Bergerak yang Jimat, Praktikal

Nissan e-NV200 Ice Cream Concept - Contoh Kereta Niaga Bergerak yang Jimat, Praktikal

June 21, 2019 By Han Othman Leave a Comment

100
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NISSAN bekerjasama dengan pembuat aiskrim Mackie's of Scotland untuk menghasilkan kereta konsep baharu, dipanggil Ice Cream Concept, dibina berasaskan model e-NV200 yang dikustomkan supaya sesuai dengan modul perniagaan jenis mobil.

Bahagian belakang kenderaan komersial ringan elektrik itu ditukar menjadi ruang khas bagi tujuan penghantaran aiskrim, manakala bahagian sisi boleh dibuka dengan vendor berdiri bersebelahan kaunter untuk menyediakan aiskrim kepada pelanggan dan bukan lagi di belakang kaunter.

Pelanggan bukan saja boleh membuat bayaran secara tunai, tetapi juga menggunakan kad bank dan telefon pintar menerusi panel imbas bayar 'tap-to-pay'.

BACA >>> Nissan NV350 Urvan Facelift (2018) Kini dengan Gril V-Motion - Harga Bermula RM125k

LENGKAP DAN PRAKTIKAL

Semua kelengkapan membuat aiskrim, termasuk kotak ais, peti sejuk minuman, dan mesin aiskrim dikuasakan Nissan Energy Roam. Pek bateri mudah alih yang akan dijual tahun ini, terdiri daripada sel litium-ion dengan sumber daripada EV Nissan generasi pertama.

Dengan kombinasi kapasiti storan 1.4kWh, ia boleh mengecas menggunakan panel solar atas bumbung dalam masa 2-4 jam, atau menggunakan palam menerusi soket 230V untuk pengecasan sejam.

e-NV200 Ice Cream Concept dikuaskan bateri sama yang digunakan dalam model pengeluaran, berkapasiti 40kWh. Apabila dicas penuh van elektrik ini mampu dipandu sejauh 200km dalam kitaran WLTP (prosedur ujian kenderaan ringan harmoni sedunia).

BACA >>> Nissan LEAF Catat Rekod EV Pertama Dunia Lepasi Angka Jualan 400,000 Unit!

GALERI

Related

100
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, https://www.mackies.co.uk/, Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), Kenderaan Ringan Komersial, Mackie's of Scotland, model konsep, MPV, Nissan, Nissan e-NV200, Nissan e-NV200 Ice Cream Concept, Nissan NV200, Roda4, Van

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my