• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Revolt RV400 - Motosikal Elektrik dengan Ciri AI Pertama di India Buka Tempahan

Revolt RV400 - Motosikal Elektrik dengan Ciri AI Pertama di India Buka Tempahan

June 18, 2019 By Aryon Leave a Comment

325
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SYARIKAT start-up dari India, Revolt Intellicorp melancarkan produk pertama untuk pasaran motosikal elektrik, dipanggil RV400, yang didakwa sebagai motosikal kepintaran buatan (AI) pertama di negara itu.

RV400 dibina berasaskan gaya rekabentuk motosikal tradisional streetbike dengan tangki minyak maskular untuk penampilan agresif walaupun secara fakta ia dijana kuasa elektrik.

Jika fairing pada motosikal konvensional berfungsi sebagai penutup enjin, fairing model ini  berperanan sebagai penutup bateri, motor dan komponen lain selain memberikan penampilan lebih kemas dan menarik.

BACA >>> India Sasar Pelan Bebas Emisi, Motosikal Bawah 150cc Mesti Enjin Elektrik Pada 2025

Ciri biasa motosikal moden turut dikekalkan seperi lampu utama LED, lampu belakang dan lampu-lampu lain, termasuk konsol instrumen digital penuh dan punat penghidup tekan. Bagaimanapun, spesifikasi enjin tidak didedahkan.

Namun, Revolt Intellicorp memaklumkan yang RV400 mampu ditunggang sejauh 156km (menurut keputusan pusat ujian Bateri EV, ARAI di India) untuk sekali isian cas penuh, manakala kelajuan maksimum 85kmj. Trenkuasa model EV ini akan dibekalkan dengan tiga mod tunggangan, Eco, City dan Sport, termasuk dilengkapi empat jenis bunyi ekzos buatan untuk dipilih.

Bagi menangani isu kemudian stesen cas, Revolt menawarkan empat pilihan mengecas, iaitu menggunakan pengecas mudah alih, pengecas litar on-board, stesen tukar pakai, dan penghantaran ikut permintaan 'delivery on demand'. Selain itu, pengguna akan mendapat mesej notifikasi yang memaklumkan lokasi stesen tukar pakai terdekat apabila cas bateri mula berkurangan.

RV400 juga diberikan fungsi Start Electric yang membolehkan motosikal ini dihidupkan menggunakan aplikasi mobil, termasuk ciri sekatan lokasi Geo-Fencing yang membenarkan pengguna menetapkan had sempadan geografi sebagai ciri keselamatan. Jadi, sekiranya, motosikal itu dikesan melepasi perimeter ditetapkan, respon kecemasan akan dihantar.

RV400 dipasangkan fork terbalik (USD) di depan dan monoshock di belakang, manakala sistem brek menggunakan brek cakera untuk kedua-dua bahagian roda. Ada dua warna ditawarkan, Rebel Red (merah) dan Cosmic Black (hitam).

BACA >>> Legenda Biaggi Mahu Pecah Rekod Motosikal Elektrik Terpantas, 328kmj

Pra-tempahan akan dibuka 26 Jun ini menerusi laman web syarikat itu dan rakan kongsi niaga, Amazon India. Harga dan spesifikasi akan diumumkan bulan depan.

GALERI
revolt-rv400-india-1
revolt-rv400-india-2
revolt-rv400-india-3
revolt-rv400-india-4
revolt-rv400-india-5
revolt-rv400-india-6
revolt-rv400-india-7
revolt-rv400-india-8
revolt-rv400-india-9
revolt-rv400-india-10

Related

325
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: EV, India, Kenderaan Elektrik (EV), motosikal elektrik, Revolt Intellicorp, Revolt RV400, roda2, streetbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev