SELEPAS debut di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2018, MV Agusta mengumumkan harga Brutale 1000 Serie Oro, iaitu €42,990 (RM201,700), tidak termasuk cukai dan duti. Pengumuman itu dibuat tidak lama selepas Ducati melancarkan prototaip Streetfighter V4 pada acara Peak Hill Climb.
Brutale 1000 Serie Oro ialah model edisi terhad yang dikeluarkan 300 unit sahaja dan tampil dengan rekabentuk 'Brutale' dalam bentuk lebih agresif dan maskular. Ciri standard dikekalkan menerusi lampu utama LED dengan lampu siang (DRL) LED. Di belakang, seksyen belakang menampilkan pelana terpisah, lampu belakang LED slik dan paip ekzos bersegi. Sebagai tambahan, model ini dilengkapkan komponen gentian karbon untuk rim aloi, penutup klac dan beberapa panel badan.
BACA >>> Tempahan MV Agusta Superveloce 800 Serie Oro Dibuka, Cuma 300 Unit Dikeluarkan
Sebagai model yang disebut sebagai superbike F4 versi naked, Brutale 1000 Serie Oro dipadukan nadi empat sebaris 998cc dengan talaan enjin dirombak semula, dan ekzos SC project yang menghasilkan ledakan prestasi berkuasa 212hp @ 13,600rpm dan tork 115Nm @ 9,300rpm. Menurut MV Agusta, streetfighter naked ini mampu mencapai kelajuan maksimum 300kmj yang dikatakan jentera naked paling pantas di dunia.
Sistem suspensi menggunakan set Öhlins untuk roda depan dan belakang, bersama sistem brek Brembo dengan kaliper Stylema. Kelancaran pengendalian disempurnakan dengan sistem ride-by-wire, kawalan traksi 8-tetapan dengan unit unjuran inersia (IMU), kawalan wheelie, kawalan luncur dan mod tunggangan. Semua ciri tersebut boleh ditetapkan mengikut kehendak penunggang menerusi kluster instrumen TFT 5 inci.
BACA >>> MV Agusta Mini Bike Racing, Asalnya Cuma Motosikal Hadiah Buat Anak Pelumba
Disebabkan unit yang memang terhad, tidak tahu berapakah unit yang akan dibawa masuk ke Malaysia. Ataupun memang sudah tiada dalam radar jualan memandangkan MV Agusta pun bukanlah jenama yang jadi pilihan ramai penunggang hartawan di negara permai ini.
Leave a Reply