• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / PREVIU: Maserati Ghibli (2014)

PREVIU: Maserati Ghibli (2014)

May 22, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Maserati Ghibli 011

Maserati Ghibli 008      Maserati Ghibli 009

Maserati Ghibli 010  Maserati Ghibli 016  Maserati Ghibli 012  Maserati Ghibli 024

PASARAN sedan premium mewah atau segmen-E bakal digugat kehadiran Maserati Ghibli serba baharu yang baru sahaja dilancarkan Naza Italia, selaku pengimport dan pengedar tunggal jenama automobil dari Itali itu. Perlancaran tersebut menjadi titik tolak dalam sejarah 100 tahun Maserati berdasarkan status Ghibli sebagai model sedan empat pintu pertama jenama berkenaan.

Ghibli menawarkan nilai dan ciri lengkap seperti apa yang sepatutnya ada pada sebuah sedan saiz penuh premium. Antaranya adalah kehalusan rekabentuk Itali dan pengalaman pemanduan unik yang bersatu dalam pakej kebolehgunaan dan mampu milik.

Ghibli menjadi asas kepada misi Maserati untuk membina 50,000 kenderaan setahun menjelang 2015. Sebelum Ghibli, Maserati terlebih dahulu melancaran memperkenalkan Quattroporte yang dikilangkan berasaskan standard kualiti tinggi di fasiliti pengeluar itu di Grugliasco, dekat Turin.

Tampil dalam dua varian, Ghibli dan Ghibli S, kedua-dua model ini dibekalkan enjin generasi baharu V6 3.0L pengecajturbo berkembar dan transmisi automatik ZF 8-kelajuan. Kuasa dihasilkan Ghibli S mencapai tahap 410hp dengan pecutan 0-100kmj sepantas 5.0 saat dan kelajuan maksimum 285kmj, manakala Ghibli menjana kuasa 330hp, 0-100kmj (5.6 saat) dan kelajuan maksimum, 263kmj.

LUARAN PENUH PERSONALITI

Bahagian arkitektur teras seperti casis, suspensi, enjin V6 dan transmisi ZF yang dimiliki Ghibli dikongsi dengan Quattroporte. Bagaimanapun, jarak roda sedan ini 173mm lebih pendek dan 291mm lebih rendah serta 50kg lebih ringan. Ghibli memberikan jaminan dinamik dan ketepatan pengendalian menerusi agihan seimbang berat badan kereta dan kesempurnaan talaan sistem suspensi dan kebezaan gelincir terhad (LSD) serba canggih. Penarafan lima bintang dalam ujian perlanggaran Euro NCAP menjadikan Ghibli sebagai jentera selamat dan meyakinkan.

Selain mengekalkan semua warisan rekabentuk klasik, luaran Ghibli menekankan personaliti penuh keazaman. Garis kasar badan menyerlahkan reflek falsafah 'coupe' yang diterapkan terhadap sedan empat pintu itu.

Imej felin nyata ketara diadun pada rekaan gril dan lampu utama. Rupa gril misalnya cuba mengimbau semula model ikonik A6 GCS keluaran 1950-an, manakala lampu utama menjurus kepada simbol trisula (trident), iaitu tongkat bercabang tiga yang menjadi senjata dewa mitos Greek, Poseidon.

Rekabentuk tersendiri pilar C memberikan gaya coupe kepada sedan ini, ditambah pula kehadiran logo Saetta Maserati yang cukup klasik dan penuh tradisi. Profil sisi didominasi oleh garis gerumit yang dimulakan dari ventilator udara di belakang sisi gerbang roda hadapan dan berakhir di penjuru lampu belakang. Bersama jarak roda panjang, keseluruhan panjang Ghibli menjadi 4.97m, angka yang cukup sempurna bagi sebuah jentera berstatus sport dan elegan.

Maserati Ghibli 017  Maserati Ghibli 018  Maserati Ghibli 020  Maserati Ghibli 022

Maserati Ghibli 023  Maserati Ghibli 038  Maserati Ghibli 049  Maserati Ghibli 053

KEHALUSAN KABIN

Kelebihan Ghibli juga terserlah menerusi hasil kemasan dan kerja tangan pada rekaan kabin. Rekabentuk unik papan pemuka berinspirasikan kokpit pesawat adalah padanan sempurna dengan karakter sporty dan jiwa muda Ghibli tanpa mengetepikan aspek kehalusan dan kecanggihan tahap tinggi dimiliki.

Antara elemen utama dalaman Ghibli adalah Kawalan Sentuhan Maserati 8.4 inci dan kemasan kulit Poltrona Frau®. Pemilik turut ditawarkan opsyen sistem audio kualiti tinggi, Bowers & Wilkins dengan 15 pembesar suara, kemudahan online secara WLAN berasaskan WiFi dan pelbagai pilihan custom mengikut cita rasa individu.

Harga Ghibli bermula RM538,800, manakala Ghibli S, RM628,800, termasuk pakej servis tiga tahun atau 60,000km perbatuan. Harga termasuk cukai dan duti tempatan.

Maserati Ghibli 075

Maserati Ghibli 026  Maserati Ghibli 033  Maserati Ghibli 028  Maserati Ghibli 029

Maserati Ghibli 031  Maserati Ghibli 032  Maserati Ghibli 034  Maserati Ghibli 035

SPESIFIKASI
GHIBLI
ENJIN 3.0L 60°V6
TRANSMISI Automatik 8-kelajuan ZF
KUASA MAKSIMUM 330hp
TORK MAKSIMUM 500Nm
0-100KMJ 5.6 saat
KELAJUAN MAKSIMUM 263kmj

GHIBLI S
ENJIN 3.0L 60°V6
TRANSMISI Automatik 8-kelajuan ZF
KUASA MAKSIMUM 410hp
TORK MAKSIMUM 550Nm
0-100KMJ 5.0 saat
KELAJUAN MAKSIMUM 285kmj

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Maserati, Maserati Ghibli, Maserati Ghibli S, Maserati Quattroporte, Naza Italia, Sedan 4-Pintu, Segmen E

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev