• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Isuzu Perluas Barisan Trak Komersial 2019 untuk Penuhi Pelbagai Keperluan Pengguna

Isuzu Perluas Barisan Trak Komersial 2019 untuk Penuhi Pelbagai Keperluan Pengguna

June 18, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


ISUZU Malaysia mengukuhkan kedudukan sebagai jenama trak terkenal Malaysia dengan memperkenalkan barisan model trak tugas ringan (light-duty) Elf dan tugas sederhana (medium-duty) Forward baharu.

Dijangka berada di pasaran bermula suku ketiga tahun ini,  Elf didatangkan dalam 11 varian berbeza bagi memenuhi kepelbagaian keperluan pelanggan. Jadi, Isuzu Malaysia bakal memiliki keseluruhan 19 varian untuk Elf, terdiri daripada versi empat roda, enam roda, 4x4 dan crew-cab, sekali gus menjadikan jenama ini sebagai barisan model komersial dengan pilihan varian paling banyak di pasaran tempatan.

isuzu-elf-light-duty-logo
isuzu-forward-medium-duty-logo

 

Bagi memenuhi keperluan perniagaan yang lebih bertumpu dalam bandar, Elf dilengkapi  transmisi auto manual (AMT) Smoother 6-kelajuan yang menawarkan manfaat penuh sistem transmisi automatik bersama daya tahan dan kos rendah seperti transmisi manual. Ciri Smoother mampu mengelak risiko kehilangan kuasa disebabkan susutan hidraulik.

BACA >>> Trak Isuzu Terus Mengganas - Serah Unit N-Series ke-100 kepada Mighty Bakery

Model dengan ciri Smoother itu turut dilengkapi mod Econo yang mampu menukarkan rpm lebih rendah secara automatik untuk mendapatkan lebih penjimatan bahan api. Isuzu Malaysia turut memperkenalkan tiga varian Crew-Cab untuk model 2019.

Trak Isuzu_3
Trak Isuzu_4
Trak Isuzu_1

TRAK FORWARD

Barisan trak Forward untuk kegunaan jarak jauh pula dinaik taraf menerusi casis lebih kukuh dan prestasi lebih baik. Model FVR34 kini mampu membawa muatan  19 tan, lebih banyak berbanding 18 tan ketika ini. Kapasiti muatan yang dipertingkat itu tidak hanya membolehkan pengendali memaksimumkan kapasiti setiap kali perjalanan, tetapi juga mengurangkan kos pengangkutan keseluruhan.

Kapasiti gandar depan dipertingkat kepada 7,500kg, menyumbang kepada kapasiti muatan keseluruhan lebih baik. Melengkapi penambahan muatan itu ialah penggunaan unit enjin 6HK-TC yang dikemas kini bagi menjana kuasa setinggi 298hp dan tork 986Nm untuk model FVR300.

BACA >>> 9 Pengedar Isuzu Terima Pengiktirafan MHD

Ia dipadankan transmisi Eaton 9-kelajuan, termasuk gear rendah crawler untuk pemanduan atas laluan rupa bumi mencabar. Bagi mengekalkan tahap keselamatan tinggi, barisan FVR34 dilengkapi brek udara penuh dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) sebagai ciri standard.

Naik taraf lain untuk barisan trak Forward termasuk altenator dengan kapasiti lebih besar yang mampu memenuhi keperluan penggunaan kuasa alatan elektrik ampere tinggi.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Isuzu, Isuzu ELF, Isuzu FORWARD, Isuzu FORWARD FSR PRO, Isuzu Malaysia, ISUZU Malaysia Sdn Bhd, Trak Isuzu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026, Gaya Klasik Untuk Pasaran Jepun, RM20.5 Ribu
    Honda GB350 C 2026, Gaya Klasik Untuk Pasaran Jepun, RM20.5 Ribu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • U Mobile Lancar Rangkaian 5G Generasi Baharu yang Lebih Pantas, ULTRA5G di Malaysia
    U Mobile Lancar Rangkaian 5G Generasi Baharu yang Lebih Pantas, ULTRA5G di Malaysia

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev