RAMAI sudah biasa mendengar jenama motosikal dari China dan Taiwan, tetapi jarang sekali mendengar produk dua roda dri Korea.
Pada Vietnam AutoExpo 2019 yang berlangsung di ibu kota Hanoi bermula 12-15 Jun lalu, buat kali pertama pengeluar dari Korea, MBI Motors mempamerkan produk motosikal buatan pengeluar itu, iaitu tiga model elektrik dengan varian paling asas, MBI X dijual pada harga serendah 39.8 juta dong (RM7,100).
Reruai MBI Motors tampil sederhana, berbeza dengan reruai produk tempatan, VinFast yang turut menampilkan motosikal elektrik, Klara.
BACA >>> Gogoro-Yamaha Bakal Lancar Skuter Elektrik, EC-05 dengan Bateri Boleh Tanggal
Dari sisi, MBI X nampak mirisp model dikuasakan enjin petrol yang popular di Vietnam dengan saiz pelana 760mm. Rupa depan dilengkapi lampu utama LED, manakala trenkuasa menggunakan bateri litium-ion dan bateri bukan plumbum seperti VinFast Klara.
MBI X memiliki 3 mod tunggangan: Eco (Ekonomi), Sport (Sport) dan Drive (Standard) dengan kemampuan mendaki 30 peratus cerun ialah 36kmj.
Penunngang boleh mengubah mod tunggangan pada bar kanan menerusi butang S, D, E. Butang R ialah untuk mengundur, manakala P berfungsi sebagai brek tangan untuk mengelak insiden tersilap memulas terotel ketika baru menghidupkan enjin. Skuter ini turut dilengkapi dengan sensor anti-ketukan untuk mematikan enjin.
Parameter motosikal dipaparkan pada skrin LCD. Dalam mod Sport, motosikal mampu memecut hingga 100kmj, manakala mod Eco akan mengehadkan halaju pada 50kmj. MBI X turut dilengkapkan dengan palam pengecas USB, pembesar suara dan luaran. Pengguna juga dapat menghubungkan fungsi skuter ini menerusi Bluetooth, 3G atau GPS.
BACA >>> TVS Bakal Pasarkan Skuter Elektrik dengan Bumbung Solar Menjelang 2022
Menurut pelan jangka panjang MBI Motors, apabila kuasa kehabisan, pengguna cuma perlu menanggalkan bateri dan tukar baharu, atau menyewa di stesen cas. Pengeluar dari Korea ini turut merancang mewujudkan stesen cas khas supaya pemilik dapat menukar, menyewa atau mengecas bateri skuter mereka.
Tempoh masa mengecas MBI X ialah 4-5 jam, dan mampu ditunggang sejauh 110km untuk sekali cas penuh dengan halaju 50kmj.
Dua kotak bateri litium-ion diletakkan di bawah pelana yang setiap satu bateri seberat 8kg, agak berat jika mahu diangkat penunggang wanita untuk ditukar atau dicas. Bagaimanapun, berat skuter ini cuma 110kg, antara model MBI paling ringan yang dipamerkan di sini.
BACA >>> VinFast Klara Lancar di Vietnam, Skuter EV dengan Insentif Tanpa Faedah
Kedua-dua bahagian roda dipasangkan brek cakera. Harga 39.8 juta dong (RM7,100) untuk MBI X ialah lebih murah daripada pesaingnya, VinFast Klara yang berharga 50 juta dong (RM8,920).
Leave a Reply