MOTOSIKAL dual-sport, Honda Africa Twin 850 (CRF850L) tiba-tiba muncal di media Jepun yang khabarnya akan dilancarkan Julai ini.
Model 2-silinder itu tampil dengan dua warna hijau gelap dan membawa rekabentuk sama seperti Africa Twin 1000 yang lebih besar.Fairing dan fasia depan berwarna gelap, termasuk kowl enjin, manakala perbezaan paling menonjol ialah rim emas.
BACA >>> BSH Umum Harga: X-ADV (RM61k) dan Africa Twin (RM74k) di Malaysia!
Lampu utama juga mirip Africa Twin 1000, tetapi tanpa sebarang pecahan. Perincian spesifikasi masih tidak didedahkan, tetapi Honda tiada masalah untuk melengkapkan model ini dengan rim depan 21 inci dan belakang 17 inci, tetapi tanpa tayar dadu yang memudahkan ia ditampal sekiranya pancit.
Africa Twin 850 akan berentap dengan pesaing Eropah seperti BMW F850 GS, dan Triumph Tiger XC. Maklumat mengenai enjin juga masih samar, tetapi Honda dijangka memperhalusi enjin Africa Twin 1000 atau NC750X. Ini termasuk dilengkapkan sistem sokongan lain seperti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), kawalan traksi dan terotel elektronik
Apa yang kemungkinan besar dimilik Africa Twin 850 ini ialah dua varian dengan opsyen gear berbeza.
Pembangunan motosikal advencer saiz pertengahan ini dianggap sebagai halatuju baharu Honda selepas bertahun-tahun menumpukan kepada penghasilan Africa Twin 1000.
Pengenalan Africa Twin 850 akan menarik perhatian pembeli dan peminat motosikal Honda baharu, termasuk merancakan pasaran motosikal advencer pada harga lebih kompetitif.
BACA >>> Honda Africa Twin Cipta Rekod - Daki Puncak Gunung Berapi Setinggi 5,965 Meter!
Leave a Reply