• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton X70 Versi CKD dengan Talaan 'Proton Ride & Handling' Sudah Siap Dipasang?

Proton X70 Versi CKD dengan Talaan 'Proton Ride & Handling' Sudah Siap Dipasang?

June 12, 2019 By Han Othman 3 Comments

5.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INI berita dan spekulasi terbaharu kami terima tentang model kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama Proton, X70.

Khabarnya X70 versi pemasangan tempatan (CKD) pertama sudah siap dipasang dan bersedia dilancarkan untuk pasaran tempatan. Menariknya, model versi CKD ini akan didatangkan dengan ciri but elektrik, malah Geely memberikan kebenaran kepada pasukan jurutera Proton untuk menala semula sistem suspensi SUV itu dengan ciri Proton Ride & Handling. Wow!

Bagaimanapun, kami tidak dapat pastikan sama ada 'X70 pertama' itu merujuk kepada unit pertama sebagai tanda perasmian, atau mungkin juga barisan (batch) pengeluaran pertama yang sudah siap dipasang dan dijual.

Kalau mengikut jadual pemasaran yang diuar-uarkan sebelum ini, Proton bakal melancarkan X70 versi CKD sekitar September dan Oktober tahun ini. Jadi spekulasi terbaharu ini nampak seiring dengan pelan strategi pemasaran Proton.

Tentu peminat Proton masing-masing tengah seronok dan paling ternanti-nanti ialah berapakah pula harga X70 versi CKD? Lebih murah RM10,000 atau lebih lagi? Hmm...

Related

5.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Geely, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), PROTON Holdings Berhad, Proton X70, proton x70 ckd, SUV

Comments

  1. Asyraf says

    June 12, 2019 at 4:35 PM

    "....malah Geely memberikan kebenaran kepada pasukan jurutera Proton untuk menala semula sistem suspensi SUV itu dengan ciri Proton Ride & Handling. Wow!"

    Saya tak faham ayat ini. Apa maksud menala? dan apa ciri Proton Ride & Handling?

    Mungkin boleh keluarkan artikel baharu tentang maksud ini. Netizen tahu pandu ja

    Reply
    • taboogen says

      June 14, 2019 at 8:12 AM

      susah nak cerita bab teknikal ni byk aspek .dari segi tuning stereng input, suspensi, body roll, spring rebound, chasis strength etc...

      Reply
  2. Khairi Faizal Bin Idris says

    June 13, 2019 at 12:21 PM

    Bentuk yang menarik perhatian ramai.....

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • #TahukahAnda: Kenali Enam Subjenama GWM di China, Mana Satu Ada di Malaysia?
    #TahukahAnda: Kenali Enam Subjenama GWM di China, Mana Satu Ada di Malaysia?
  • Honda CB125R 2026, Warna Baharu, Fork USD Showa, IMU Untuk Si Kecil
    Honda CB125R 2026, Warna Baharu, Fork USD Showa, IMU Untuk Si Kecil

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my