• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Hentak Cermin Guna Parang, 2 Lelaki Diburu Polis Johor

Hentak Cermin Guna Parang, 2 Lelaki Diburu Polis Johor

June 4, 2019 By Abang GYL Leave a Comment

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SELEPAS kes Abang Botak, kini tular lagi satu video membabitkan dua lelaki bertindak ganas dengan menghentak cermin selain menunjukkan isyarat lucah kepada salah seorang pengguna jalan raya di Lebuhraya Pasir Gudang, Johor Bahru.

Video berdurasi satu minit 23 saat yang dirakam pada jam 5.53 petang itu juga menunjukkan salah seorang daripada samseng jalanan menghentak cermin hadapan kenderaan dengan parang.

Berhubung kejadian itu, Harian Metro melaporkan Polis Johor kini sedang giat memburu dua samseng jalanan yang bertindak mengugut pengguna jalan raya.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, siasatan sedang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) berikutan laporan dibuat mangsa.

“ Kita sudah sedia maklum dengan kejadian itu dan yakin dapat mengesan kedua-dua suspek dalam masa terdekat.

“ Berdasarkan video itu, kami yakin kejadian itu berlaku akibat rasa tidak puas hati suspek yang tidak diberi ruang untuk momotong barisan dalam keadaan jalan sesak,” katanya lagi.

Buat pengguna jalan raya lain, kami di PanduLaju ingin menasihatkan supaya sentiasa bertimbang rasa semasa berada atas jalan raya.

Jika Abang Botak yang menggunakan topi kaledar dijatuhi penjara setahun, jadi apalah nasib pembuli jalanan gunakan parang itu.

BACA >>> Abang Botak Dijatuhi Hukuman Penjara 1 Tahun

Related

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: abang botak, pecah cermin guna parang, tular video pecah cermin

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my