• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Ducati Hypermotard 950 Concept Didedahkan di Itali dengan Seragam Seni Grafiti

Ducati Hypermotard 950 Concept Didedahkan di Itali dengan Seragam Seni Grafiti

June 4, 2019 By Aryon Leave a Comment

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DUCATI mendedahkan Hypermotard 950 Concept di acara Concorso d’Eleganza Villa d’Este di Itali yang dilihat sebagai sesuatu yang menarik kerana Hypermotard 950 versi pengeluaran baru saja diperkenalkan tahun lalu di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2018.

Bagaimanapun, Hypermotard 950 Concept ini berbeza daripada varian standard menerusi rekaan grafik menonjol yang menurut Ducati diilhamkan daripada seni grafiti pada dinding-dinding bandar.

BACA >>> #Videotomotif: Bekas Pelumba MotoGP Ini Drift-kan Ducati Hypermotard 950 dengan Tenang Sekali

Model konsep ini menerima skema warna merah dan hitam dengan tulisan 'Hyper' pada kedua-dua belah tangki. Juga ada nombor '03' pada kowl lampu utama dan seksyen belakang bersama nama 'Ducati' atas pelana. Bahagian rim mendapat kemasan dua tona dalam merah dan hitam dengan dinding sisi tayar juga berwarna sama

Selain skema warna, Ducati turut menambah gad tangan lumba dan klac kering untuk Hypermotard 950 Concept ini. Selain perubahan disebutkan di atas, jentera ini kekal sama, dikuasakan enjin 937cc L-Twin yang menghasilkan output 114hp, dan 96Nm. Sistem suspensi dan brek menggunakan spesifikasi premium, setiap satu daripada Öhlins dan Brembo.

Tiada tanda harga didedahkan untuk Hypermotard 950 Concept yang dijangka dipasarkan sebagai model edisi terhad.

BACA >>> #SMS2019: Ducati Singapura Tayang Hypermotard 950, Harga RM119k

SUMBER: AsphaltAndRubber

Related

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Concorso d'Eleganza Villa d'Este, Ducati, Ducati Hypermotard 950 Concept, motosikal konsep, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev