YAYASAN Tan Sri SM Nasimuddin menjemput lebih 120 kanak-kanak dari dua pusat jagaan anak yatim untuk majlis iftar bersama dengan pasukan pengurusan kanan dan staf sukarela Naza Group di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).
Inisiatif tahunan dilakukan konglomerat Bumiputera itu mensasarkan menjadikan Ramadan tahun ini sebagai bulan yang mampu menggembirakan kalangan masyarakat yang kurang bernasib baik.
Anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Anak Yatim dan Miskin Seri Kundang and Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia menikmati bufet Buka Puasa dalam majlis berasingan anjuran pengasas bersama Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin, Puan Sri Datin Seri Utama Zaleha Ismail dan keluarganya, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Naza Group of Companies, SM Nasirudin SM Nasimuddin dan isteri, Mario Counter Abdullah, Pengerusi Eksekutif Naza Group Companies, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin, Timbalan Pengerusi Eksekutif Naza Group Companies, SM Faliq SAM Nasimuddin dan Pengarah Bahagian Makanan dan Minuman Naza F&B Holdings, Nur Nadia SM Nasimuddin.
BACA >>> Nissan GT-R 'Predzilla' Spesial Ini Sempena Lelongan Amal Yayasan Pasukan Hoki Ais
Anak-anak yatim di dua pusat jagaan itu turut diberikan baju baharu bernilai RM70,000, dan duit raya, termasuk sumbangan kewangan kepada pusat penjagaan sempena meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri akan datang.
Selain majlis tersebut, pengurusan kanan dan sukarelawan Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin turut terlibat dalam program CSR Ramadan sepanjang bulan puasa ini menerusi kunjungan amal di pusat-pusat kebajikan masyarakat.
Ketua Pegawai Esekutif (CEO) dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan, Naza Corporation Holdings Sdn Bhd, SM Nasarudin SM Nasimuddin berkata, apa dilakukan sebenarnya sudah menjadi tradisi Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin untuk memberikan sokongan kepada mereka yang kurang berkemampuan, terutama pada Ramadan.
"Yayasan ini ditubuhkan sempena menghormati allahyarham ayah, dan sejak itu menjadi sesuatu yang dekat dengan hati kami - untuk bantu mereka yang memerlukan dan menyumbang kepada kebaikan menerusi kebajikan dan sukarelawan.
"Kami bersyukur dan gembira dapat menyebarkan kegembiraan Ramadan sekali lagi dengan mereka yang memerlukan. Menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) kami, kami harap dengan berkongsi keuntungan dengan mereka yang kurang bernasib baik, kami dapat buatkan bulan penuh keberkatan ini, dan juga Syawal jadi lebih bermakna," kata SM Nasarudin.
BACA >>> Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin Beri Sumbangan RM110k Kepada 7 Rumah Kebajikan
Leave a Reply