• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PLUS Bakal Perkenal Kapsul Tidur di R&R, Tahun Depan

PLUS Bakal Perkenal Kapsul Tidur di R&R, Tahun Depan

May 30, 2019 By Han Othman Leave a Comment

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PLUS Malaysia Berhad (PLUS) merancang membina 'kapsul tidur' untuk pengguna Lebuhraya Utara-Selatan berehat dan melepaskan penat, terutama pemandu kenderaan berat.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, cadangan tersebut kini dalam peringkat kajian dan projek rintis dijangka dilaksanakan tahun depan.

Ia antara penambahbaikan fasiliti dilakukan PLUS dalam usaha mengurangkan keletihan dalam kalangan pemandu kenderaan berat supaya boleh memandu dalam keadaan segar, sekali gus mengurangkan kadar kemalangan akibat mengantuk dan kepenatan.

BACA >>> #SembangDeras: Sebuah Kisah Tentang Bagaimana Lebuh Raya Mampu Bangunkan Ekonomi

Menurut Azman lagi, PLUS sebelum ini pernah membuka hotel sepanjang lebuh raya, tetapi terpaksa ditutup kerana tidak mendapat sambutan kerana apa yang dimahukan pemandu ialah tempat tidur untuk mereka lelap sekejap.

kapsul-tidur-1
kapsul-tidur-3
kapsul-tidur-2

KOMEN KAMI

Ini memang idea menarik dan bagus daripada PLUS. Sebenarnya kapsul tidur bukan idea baharu dan pernah dijadikan bilik transit di lapangan terbang banyak negara dunia, khas buat mereka yang menunggu jadual penerbangan seterusnya.

Cuma isunya sekarang, berapakah caj sewa yang akan dikenakan PLUS nanti? Kami berpendapat tidak mungkin percuma kerana perkhidmatan itu memerlukan penyelenggaraan. Kalau ada caj, harganya pula mesti pada kadar mampu milik kerana kalau terlalu mahal, sudah pasti pengguna, terutama abang-abang lori kita akan memilih tidur dalam lori saja.

BACA >>> Mana Boleh Lebuh Raya Tak Ada Tol - Tun M

Tetapi kalau kapsul itu cukup selesa, siap penyaman udara, bersih dan wangi (mungkin ada alunan muzik), rasanya pengguna PLUS tiada masalah untuk membayarnya. Kan?

Related

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Azman Ismail, Kapsul Tidur, Lebuh Raya, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), PLUS, Rehat dan Rawat (RnR)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev