• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Hyundai Bangunkan Teknologi Anggar Berat Lori untuk Pertingkat Tahap Kecekapan

Hyundai Bangunkan Teknologi Anggar Berat Lori untuk Pertingkat Tahap Kecekapan

May 31, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

122
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


APABILA menyebut tentang Hyundai dan Kia, perkara yang selalu dipandang ialah rekabentuk dan spesifikasi tinggi produk buatan pengeluar automotif dari Korea Selatan itu pada harga berpatutan.

Faktanya, ia lebih daripada sekadar menghasilkan produk automotif. Hyundai dan Kia turut terbabit dalam pembangunan dan penyelidikan teknologi yang menjadi lambang kepada kepesatan ilmu dimiliki firma Korea Selatan.

Terbaharu, Hyundai Motor Group tampil dengan satu teknologi yang mampu membuat anggaran berat kasar kenderaan komersial ringan elektrik. Jika dibaca sepintas lalu apalah sangat teknologi begini? Rupa-rupanya Hyundai berfikir secara mendalam.

BACA >>> Hyundai Bangunkan Sistem Penulenan Udara Pintar untuk Kabin Lebih Bersih, Selamat

TEKNOLOGI KECEKAPAN BERASASKAN BERAT

Teknologi ini adalah seumpamanya diperkenalkan dalam industri yang mana berat menjadi elemen penting dalam mempengaruhi prestasi sesebuah kenderaan elektrik (EV). Apa dilakukan Hyundai ialah menggunakan sensor pecutan untuk mengoptimumkan tetapan kenderaan berasaskan anggaran berat.

Ringkasnya, keupayaan mengira berat kasar sesebuah EV membolehkan kuasa tork dilaraskan secara optimum supaya dapat menggunakan tenaga elektrik sebaik mungkin dalam perjalanan ke destinasi dituju. Ciri ini dapat mengurangkan potensi gelinciran tayar dan mengurangkan cengkaman apabila kenderaan tidak membawa lebihan berat, sekali gus meningkatkan kecekapan.

Teknologi baharu ini dapat melaraskan tork berdasarkan keadaan topografi, iaitu mengubah jumlah daya kilas yang diperlukan ketika mendaki berdasarkan berat kasar. Fungsi ini dapat membantu pemilik bisnes kecil mengurangkan kos berhubung kenderaan kerja mereka.

Harus tahu, EV beroperasi atas dua fungsi utama, kuasa bateri dan motor yang menggerakkan roda. Apabila Hyundai menumpukan kepada dua perkara itu, ini bermakna pemilik lori mampu mendapatkan kuasa sebaik mungkin untuk lori EV mereka.

Hyundai juga sedang menimbangkan menggunakan teknologi ini dalam kenderaan ringan EV masa depan.

BACA >>> Hyundai Perkenal Konsep Kokpit Virtual dengan Stereng Skrin Sentuh 3D

Berikut Penerangan Tentang Bagaimana Teknologi Ini Berfungsi

  • Ada dua jenis sensor: guna pecutan (acceleration) atau berat.
  • Hyundai memilih membangunkan teknologi anggaran berat kasar menggunakan sensor pecutan. Ini bermakna ia turut boleh digunakan kenderaan yang tidak dilengkapi suspensi udara mahal.
  • Menerusi penggunaan sensor pecutan, berat kasar dianggarkan menggunakan hukum pecutan Newton.
  • Konsepnya, apabila beban kurang dan lebihan tenaga diletakkan ke atas sesuatu objek, maka objek itu akan bergerak lebih cepat.
  • Apabila sesebuah objek digerakkan dalam kelajuan malar (constant speed), maka berat objek boleh dikira menggunakan kadar pecutan (acceleration rate).
  • Melalui proses ini, kenderaan mampu menganggarkan jarak perjalanan dan melaras output tork mengikut kadar keupayaannya.
  • Anggaran jarak pemanduan dibuat berdasarkan pengiraan tepat berat semasa dan kelajuan kenderaan, seterusnya menjadikan kenderaan cekap untuk kegunaan komersial.

OPTIMUM KUASA DENGAN JARAK PERJALANAN

Contoh senario fungsi ini, apabila kenderaan membawa muatan berat, sistem secara automatik akan memaklumkan kepada pemandu anggaran jarak perjalanan supaya dapat menjamin kuasa bateri yang mencukupi untuk sampai ke destinasi.

Seperti disebutkan, fungsi utama EV ialah kuasa bateri dan motor elektrik. Ia sama seperti pesawat terbang yang menggunakan bahan bakar lebih banyak apabila bebanannya tinggi, begitu jugalah konsep EV.

Apabila berat diketahui, pemandu dapat mengira sama ada cukup atau tidak kuasa bateri diperlukan. Atau apabila berat diketahui, kenderaan akan melaraskan kuasa supaya dapat sampai ke destinasi dituju. Misalnya, jika pemandu bawa muatan ikan 100kg, sistem akan memaklumkan kepada kuasa bateri bahawa jarak maksimum perlu ditempuhi ialah 100km.

Jadi pemandu hendaklah memandu sejauh itu saja atau cas bateri dulu. Tahniah Hyundai kerana mampu berfikir ke tahap ini!

BACA >>> Hyundai Ioniq Electric (2019), Berbaloi Dijual untuk Saingi Nissan Leaf di Malaysia

Related

122
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, hyundai, Hyundai Motor Group, Kia, Korea Selatan, teknologi, Teknologi Timbang Berat Lori Hyundai

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev