• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Kenapa Kereta Putih Perlukan Penjagaan Tambahan?

#TahukahAnda: Kenapa Kereta Putih Perlukan Penjagaan Tambahan?

May 28, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

3.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELAIN hitam dan perak, ramai juga memilih kereta warna putih. Malah bagi jenama tertentu, putih seakan menjadi warna kegemaran peminat setianya. Secara zahir, warna putih memang nampak lebih elegan dan ringkas.

Namun, pemilik kereta putih tidak boleh leka merawat badan kereta mereka kerana ia boleh berubah jadi kekuningan dan kusam jika tidak dijaga baik. Lebih menyakitkan hati, apabila tiba musim hujan kerana kesan tompokan hitam akan mudah kelihatan pada bahagian pintu jika lama tidak dicuci.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Bahaya Nyalakan Lampu Kabus Pada Malam Cerah?

Asasnya, putih mempunyai pigmen lebih berat berbanding warna lain. Pada masa tertentu, pigmen itu boleh masuk ke dalam lapisan bawah cat, manakala campuran lain akan naik ke atas permukaan. Sifat pigmen sebegitu dalam tempoh tertentu akan membuatkan warna tersebut menimbulkan kesan kekuningan, terutama jenis putih mutiara @ pearl white.

WARNA PUTIH BERTUKAR KUNING

Ramai pemilik kereta putih mutiara mengalami situasi tersebut. Proses warna cat putih menjadi kuning biasanya berlaku apabila kereta berusia tiga tahun ke atas. Malah, ia jadi lebih cepat jika pemilik tidak mengambil berat untuk menjaga kenderaan mereka dengan baik seperti jarang mencuci kereta dan buat rawatan badan.

Malah mereka yang terpaksa memarkir kereta di ruang terbuka seperti di kawasan apartment juga berisiko mengalami masalah sama.

Apabila warna mula berubah, agak sukar mengembalikan warna putih asal walaupun dengan menggilap pencuci lilin (wax) dan seumpamanya. Ya, menggilap lilin tidak dapat menjamin warna putih kereta anda kembali kepada warna asal. Penyelesaiannya, anda perlu mengecat baharu warna putih itu.

BACA >>> #ApaNakBuat: 5 Tip Mudah Pemanduan Selamat (Sempena Cuti Banyak Awal Tahun)

Pencuci lilin mungkin boleh menanggalkan kotoran, tetapi jika warna putih sudah bertukar kekuningan, ia sebenarnya berlaku bukan hanya pada permukaan, tetapi lapisan cat. Jadi, penyelesaian paling tepat seperti disebut di atas ialah mengecat semula warna asal kereta anda.

BACA >>> #TahukahAnda: Perlukah Panaskan Enjin Kereta Setiap Kali Sebelum Bergerak?

Kepada peminat warna putih, kereta anda sememangnya perlukan rawatan dan penyelenggaraan tambahan berbanding warna  lain!

SUMBER: Suzuki.co.id

Related

3.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Auto Terkini, Cat Kereta, Kenapa Kereta Putih Cepat Kuning, Kereta Putih, TahukahAnda, Tip Jaga Kereta Putih

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my