• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / MV Agusta F3XX Spesifikasi Trek Sentuhan Divisyen Lumba Reparto Corse

MV Agusta F3XX Spesifikasi Trek Sentuhan Divisyen Lumba Reparto Corse

May 27, 2019 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


MV Agusta melancarkan superbike spesifikasi trek edisi terhad, dinamakan F3XX yang dibina berasaskan F3 800 standard. Model ini dibangunkan divisyen perlumbaan MV Agusta, Reparto Corsa yang nampaknya cuba mengurangkan berat jentera ini sebanyak mungkin dan pada masa sama berusaha memaksimumkan potensi kuasa dimiliki.

Hasilnya, F3XX kini 28kg lebih ringan berbanding F3 800 standard yang seberat 173kg (berat kering) menerusi penggunaan material gentian karbon pada komponen tertentu. Pasukan jurutera turut menala semula uni kawalan elektronik (ECU) untuk menjadikan trenkuasa model ini lebih agresif.

mv-agusta-f3xx-2019-6
mv-agusta-f3xx-2019-10
mv-agusta-f3xx-2019-11

Ini termasuk menggantikan injap standard dengan komponen titanium, manakala klac dinaik taraf kepada unit gelincir terhad. Sistem ekzos tiga paip digantikan dengan sistem penuh 3-1 SC Project gentian karbon versi kustom. Output akhir model ini ialah lonjakan kuasa kuda daripada 146hp kepada 157.8hp.

Bagi merakamkan data F3XX, paparan LCD sedia ada ditukarkan kepada pemuka AiM MXS1.2. Ia juga dilengkapkan sensor untuk merekodkan masa lap dan juga tab pada terotel termasuk tekanan brek. Tiada tanda harga didedahkan, tetapi yang pasti ia bukan mampu milik lagi.

GALERI

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: MV Agusta, MV Agusta F3XX, Reparto Corse, roda2, superbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev