DESAS-desus tentang Yamaha YZF-R1 kini berlegar di alam maya yang khabarnya akan didatangkan dengan enjin 4-silinder baharu, kotak gear lebih lancar, dan pemasaan injap variabel (VVT) berserta elektronik yang dikemas kini. Superbike itu juga katanya bakal didatangkan dengan ciri anti-wheelie menerusi brek belakang.
Ciri ini dianggap istimewa dan unik kerana setiap jentera yang dilengkapkan anti-wheelie memerlukan talaan pengurusan terotel. Cara bagaimana sistem itu berfungsi melalui sistem brek pula ialah pendekatan baharu yang membezakan Yamaha dengan pengeluar lain.
Anti-wheelie menggunakan unit pengurusan inersia (IMU) terbina dalam yang akan mengukur sudut angkat roda depan dan nisbah perubahan sebelum menggunakan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) untuk mengenakan tekanan brek pada kaliper belakang.
BACA >>> Yamaha YZF-R1 GYTR Edisi Aniversari dengan Prestasi Hampir Menyamai Jentera MotoGP
Dengan memperlahankan roda belakang, tayar depan akan turun semula ke jalan dan menyingkirkan kehilangan kuasa wheelie, sekali gus menghalang roda terangkat. Digunakan bersama sistem kawalan luncur (LCS), ciri ini memberikan banyak kelebihan kepada penunggang, terutama ketika beraksi di trek.
YZF-R1 dijangka didedahkan pada 2020 atau 2021. Generasi baharu model itu debut pada 2015 dan boleh dikatakan sudah terlalu lama di pasaran.
SUMBER: AsphaltAndRubber
Leave a Reply