Berbanding negara jiran seperti Thailand dan Indonesia, kapcai seperti Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R menjadi motosikal pilihan utama penunggang Malaysia tanpa mengira kaum dan darjat. Alasannya, motosikal segmen ini cukup praktikal ditunggang ke mana-mana dan pada masa sama, cukup berkuasa untuk memuaskan nafsu pemilik yang gilakan kelajuan.
Jadi, banyak pengeluar berlumba-lumba menawarkan kapcai lebih berkuasa. Dimulai SYM dengan model VF3i yang bernadikan enjin silinder tunggal 185cc, dan kini bakal dicabar Benelli yang khabarnya sedang menyiapkan prototaip kapcai bernadikan dwi-silinder 200cc.
BACA >>> Benelli Sedang Bangunkan Kapcai Dua Silinder 200cc untuk Pasaran Malaysia?
Resepinya mudah, lebih tinggi sesaran + lebih banyak silinder = lebih banyak kuasa.
Tetapi pernahkah anda terfikir, bagaimanakah jika semua kapcai di bawah ini mempunyai sesaran enjin sama, 150cc? Pengeluar mana satukah yang berjaya memerah paling banyak kuasa untuk setiap cc sesaran enjin mereka?
Jawapannya, ada di bawah!
1. YAMAHA 135LC
Sesaran: 134.4cc | Kuasa Maksimum: 11.97hp | Tork Maksimum: 11.79Nm
Kuasa dengan Enjin 150cc: (11.97/134.4) x 150 = 13.36hp#
Yamaha 135LC pernah mengecapi zaman kegemilangan sebagai raja kapcai 4-lejang, sebelum takhta itu diambil alih penggantinya, Yamaha Y15ZR. Sejak diperkenalkan hampir 15 tahun lalu, selain rekabentuk dikemas kini, spesifikasi asal masih kekal hampir 100 peratus sama, termasuk penggunaan karburetor, brek dram belakang, transmisi klac automatik 4-kelajuan dan juga kuasa 11.97hp.
Adakah berbaloi dengan penjimatan RM3,000 berbanding Y15ZR? Anda tentukan.
2. YAMAHA Y15ZR
Sesaran: 149.7cc | Kuasa Maksimum : 15.15hp | Tork Maksimum: 13.8Nm
Kuasa dengan Enjin 150cc: (15.15/149.7) x 150 = 15.18hp#
Yamaha Y15ZR mengambil alih tempat 135LC dengan rekabentuk lebih sporty dan enjin 150cc yang diambil daripada naked bike, FZ150i. Walaupun asasnya hampir sama dengan 135LC, iaitu silinder tunggal 4-injap SOHC penyejukan cecair, jelas enjin 150cc ini diberikan talaan lebih tinggi dan bukan sekadar 'enjin LC bersesaran tinggi'.
Tetapi, adakah enjin 135LC tadi akan lebih berkuasa juga jika dilengkapi sistem suntikan bahan api dengan talaan dan sesaran sama? Cuba tanya kepada mereka yang pernah buat modifikasi sebegini kalau ada.
3. HONDA RS150R
Sesaran: 149.16cc | Kuasa Maksimum: 15.42hp | Tork Maksimum: 13.5Nm
Kuasa dengan Enjin 150cc: (15.42/149.16) x 150 = 15.51hp#
Walaupun dilengkapi sistem DOHC yang lebih superior, output kuasa HONDA RS150R tidak jauh berbeza dengan Y15ZR. Bagaimanapun masih jelas, dengan sesaran lebih kecil, ia mampu menghasilkan lebih kuasa daripada jentera Yamaha tadi.
Jika melihat prestasi sportbike Honda CBR 150R (untuk pasaran Indonesia) dengan kod enjin sama yang mampu menjana kuasa setinggi 17hp dan tork 14.4Nm, kami tidak menolak kemungkinan prestasi RS150R mampu diperah lebih tinggi hanya dengan talaan ECU.
4. BENELLI RFS 150i
Sesaran: 149.8cc | Kuasa Maksimum: 15.15hp | Tork Maksimum: 13Nm
Kuasa dengan Enjin 150cc: (15.15/149.8) x 150 = 15.17hp#
Benelli RFS 150i menarik perhatian ramai kerana ia bukan saja satu-satunya kapcai jenama Itali (walaupun kami tahu buatan China), tetapi turut menawarkan spesifikasi unik untuk segmen kapcai seperti fork terbalik (USD) dan sistem pencucuhan dengan tiga palam pencucuh (triple spark technology).
Bagaimanapun dari segi prestasi, kapcai ini cuma cukup-cukup makan untuk bersaing dengan Y15ZR, itupun selepas mengorbankan tork sebanyak 0.8Nm. Mungkin enjin baru 200cc dwi-silinder akan menjadi taruhan lebih tepat jika Benelli mahu mencabar pesaing lain dalam kategori kapcai? Kita tunggu.
5. SYM VF3i
Sesaran: 183cc | Kuasa Maksimum : 17.7hp | Tork Maksimum: 15.3Nm
Kuasa dengan Enjin 150cc: (17.7/183) x 150 = 14.51hp#
SYM mungkin sedar, sukar untuk bersaing atas padang yang sama. Jadi, kapcai prestasi tinggi jenama ini didatangkan dengan enjin bersesaran jauh lebih tinggi berbanding pesaing. Benar, dari segi kecekapan, ia corot. Namun mengambil kira kuasa tinggi tanpa perlu sebarang modifikasi dan juga harga setanding pesaing dalam segmen 150cc, tidak sukar untuk melihat kenapa kapcai SYM ini menjadi pilihan penggemar kapcai Malaysia.
BACA >>> #TunggangUji: Ini Mungkin Reviu Paling Jujur daripada Pemilik SYM VF3i
BONUS: Suzuki FX 125 | Suzuki Belang 150R | Suzuki Satria F150
Walaupun Suzuki Malaysia sudah lama tidak menawarkan motosikal sesaran rendah, tidak adil kiranya jika kami tidak mengambil kira pencapaian mereka dalam segmen ini. Jadi, di bawah ini kami senaraikan spesifikasi mereka dan selebihnya anda nilailah sendiri.
1. SUZUKI FX 125
Sesaran: 124.5cc | Kuasa Maksimum: 13.3hp
Kuasa dengan Enjin 150cc: (13.3/124.5) x 150 = 16hp#
2. SUZUKI BELANG 150R
Sesaran: 147. 3cc | Kuasa Maksimum: 16.96Hp
Kuasa dengan Enjin 150cc: (16.96/147.3) x 150 = 17.27hp#
3. SUZUKI SATRIA F150 (pasaran Indonesia)
Sesaran: 147.3cc | Kuasa Maksimum: 18.24hp
Kuasa dengan Enjin 150cc: (18.24/147.3) x 150 = 18.7hp#
Mohd tahir says
Dh lumrah yg cantik lawa mmg mnjadi idaman setiap org....y15 mmg cantik lawa...tak heran la mengapa ramai trtarik..dri segi reka bentuk y15zr top 1..utk prestasi pecutan dan kelajuan suzuki belang 150r la raja..walau pn tak secantik y15..belang 150r ada tarikan yg trsendiri..dari segi lain belang mmg lasak..yg pnting parts suzuki mmg ori..wlupn mahal tapi berbaloi dn brkualiti....
Famy Ahmad says
Benar bagai dikata.... SUZUKI lebih ke depan dari segi teknologi.
night rider says
namun di hati raja tetap satu yang paling laju paling jitu jadi dengan mudah kita nampak king of kapcai ialah y15.namun tipu la kalau kata bahawa sym atau suzuki x maju dalam teknolgi namun dalam reka bentuk kita kan nampak beneli ialah raja utara nak dibandingkan dengan raja asia iaitu y15.
Justin says
Wuyoo...sure ke bro..sbb beinat dgn 4 lejang berkuasa tinggi ni..ce belom beli masih mencari yg betul2 berpuas hati..cer sikit bro boleh ke..diantara Honda RS,y15,symvf3i,banelli,r15,Suzuki belang yg mana betul tahan enjing bro dan harga berbaloi bila repair
zulkifli says
Thorbaeeeeek honda rs150r
Justin says
Tumpang tanya ..sbb ada yg kata sumber vf3i Klau overhoul jauh lbih murah berbanding Honda rs150 dan yamaha y15 betul ke?..tapi Sya masih tertanya terhadap bahagian enjin kepada yg berpengalaman antara 4 jenis buah motorsikal Honda RS 150,Yamaha y15,banelli 150 dan sym vf3i ni..enjin yg mana agak2 tahan usia bagus untuk perjalanan biasa dari segi penggunaan belanja termasuk kos2 repair kalau rosak...maksud bukan guna racer sekadar jalan jauh konvoi2 boleh bagi pendapat kat saya di FB mujing masam atau wssp di ni 0139804739 betul2 nk tahu ni sbb berminat dengan jentera 2 roda salam 1mlaysia
awie says
pernah pkai SUZUKI FX 125 DOHC ..mmg sedap than lasak,tapi spare part dia mmg btl2 ori pnya made in japan mari kne tggu 3mggu bru dpt..coil api rosak mse tu kne tggu 3mggu brg smpai,rm800..hahaha..padu brg suzuki ni fx 125 ni..
Benelli RFS150i says
RFS150i memang terbaik...dari segi rupa bentuk memang unik...dari segi kelajuan memang terbaik std boleh tapau y15 dengan rs150..
nasirudin abd rahman says
aku trkejut bile tgk sym vf3i 14hp...celah mne die tembat sym 14 hp...
sym v1/v2...17.47 hp xsilap aku
sym v2 Le..19.7 hp..
mrepek sial blog ni
faisal says
sym vf3i tu 14hp JIKA dia andaikan cc 150... bacalah betul2
AJ says
Orang pakai SYM ni kena gelak je, jenis tak de telur kalau compare dengan tak sama CC. kalau satu lapan lima cc fight la dengan 185 juga bukan 150, tengok RS dgn Ysuku, tak ada pun yang iri hati sebab dua dua dari Jenama terkemuka, Yamaha dan Honda.. Sym ni dalam motor GP duk kat mana? Duk depan TV je la tengok Yamaha/Honda/Suzuki/Ducati fight. wakakakakaka.