JIKA anda sedang tercari-cari kenderaan utiliti sukan (SUV) yang luas dan serba praktikal pada harga berbaloi, Mitsubishi Outlander 2.4L 4WD versi pemasangan tempatan (CKD) ini patut dimasukkan dalam senarai pembelian terbaik. Kenapa ye?
Ada beberapa sebab kenapa Outlander 2.4L 4WD CKD ini patut dipertimbangkan sebagai SUV pilihan. Selain harga lebih murah berbanding versi CBU, spesifikasi model CKD ini juga ditambah baik. Berikut empat sebab kenapa SUV 7-kerusi ini patut masuk dalam senarai pendek SUV pilihan anda:
BACA >>> Mitsubishi Outlander 2.4L CKD Kini di Pasaran, Diskaun Hingga RM4,000
1. HARGA LEBIH MURAH, SPESIFIKASI DIPERTINGKAT
Berbanding versi CBU, harga Outlander 2.4L 4WD (CKD) mengalami pengurangan sebanyak RM14,000, iaitu dijual pada harga bermula RM152,888 (termasuk SST, tanpa insurans). Antara beberapa penambahbaikan baharu diperkenalkan ialah:
- Brek Parkir Elektrik (EPB) dengan Bantuan Pegun Auto (AHA)
- Unit infotaimen skrin sentuh
- Monitor papar keliling (ARM) dengan kamera 360º
2. ENJIN 2.4L DOHC MIVEC
Outlander 2.4L dijana enjin 2.4L DOHC MIVEC berkuasa 165hp dan tork 222Nm dengan transmisi variabel berterusan (CVT) INVECS-III dengan pedal syif untuk penukaran gear lebih mudah.
SUV ini dilengkapi sistem pacuan empat-roda (4WD) pintar dengan sistem Multi-Select 4WD yang menawarkan tiga mod pemanduan: 4WD Eco, 4WD Auto dan 4WD Lock yang boleh dipilih mengikut kesesuaian rupa bumi dan halangan.
BACA >>> Mitsubishi Outlander 2.0L 4WD Versi CKD Sedia Ditempah - RM139,988 Sahaja
3. CIRI KESELAMATAN LENGKAP
Outlander 2.4L 4WD (CKD) dilengkapkan ciri keselamatan standard seperti 7 beg udara, sistem 4WD, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Kawalan Stabiliti Aktif (ASC) dengan Kawalan Traksi (TC), Bantuan Mula Daki (HSA) dan pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX .
Ciri tambahan untuk varian 2.4L ialah Brek Parkir Elektronik (EPB) berserta Bantuan Pegun Auto (AHA) yang membolehkan brek diaktifkan automatik setiap kali berhenti, terutama di lampu isyarat, tanpa perlu menekan brek atau menarik brek tangan. Brek akan dilepaskan apabila pemandu menekan pedal minyak.
Melengkapkan lagi ciri keselamatan Outlander ialah Sistem Batal Brek (Brake Override System-BOS) yang berfungsi menghalang situasi pemandu tersilap injak pedal minyak dan brek secara serentak. Dalam situasi tersebut, BOS akan memberi keutamaan kepada pedal brek.
SUV ini turut dilengkapi Peringatan Rehat (Rest Reminder) yang akan mengingatkan pemandu supaya berhenti berehat sebentar supaya tidak keletihan. Kerja memarkir juga jadi lebih mudah dengan ciri ARM yang memaparkan visual 360°, termasuk Perakam Video Digital (DVR) yang berfungsi sebagai kamera pemuka (dashcam) untuk merakamkan sebarang situasi sepanjang pemanduan.
4. ADA CIRI SUV PREMIUM
Outlander 2.4L 4WD (CKD) menampilkan ciri premium seperti:
- Lampu depan LED dengan lampu siang LED
- Lampu belakang LED
- Rim aloi 18-inci dua tona
- Spoiler belakang aerodinamik
- Pintu but elektronik bersama ciri anti-jepit
BACA >>> #PanduUji: 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Beli Mitsubishi Outlander (2016)
Adakah Outlander 2.4L 4WD (CKD) mampu memenangi hati peminat SUV 4WD di Malaysia? Jom kita tengok apa komen Abang Gan dan Albakry tentang SUV ini.
Leave a Reply