• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Debut Global Kawasaki KLX 230 di Indonesia dengan Casis Baharu

Debut Global Kawasaki KLX 230 di Indonesia dengan Casis Baharu

May 23, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

211
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INDONESIA menjadi lokasi debut dunia bagi model dirtbike Kawasaki KLX 230 pada Ekspo Antarabangsa Jakarta (JIE). Model dengan empat pilihan warna itu akan mengisi ruang antara KLX 150 dan KLX 250.

Model baharu di bawah rangkaian KLX itu dijana enjin silinder tunggal 233cc SOHC dengan teknologi suntikan bahan api berkuasa 17hp @ 7,600rpm dan tork maksimum 19.8Nm @ 6,100rpm.

BACA >>> Inikah Salah Satu 4 Model Kawasaki Baharu yang Bakal Didedahkan di EICMA 2018?

Selain itu, seluruh bahagian motosikal juga baharu, termasuk casis. Keselesaan tunggangan diserahkan kepada fork teleskopik (depan) dan monoshock (belakang) bersama rim 21 inci (depan) dan 18 inci (belakang), dan brek cakera serta meter digital. Dengan berat 132kg, motosikal ini dipadankan tangki minyak berkapasiti 7.5 liter.

KLX 230 hadir dalam dua varian: Standard dan Special Edition. Varian Standard didatangkan dengan pillihan warna Lime Green dan Ebony pada harga Rp39.9juta (RM11,500), manakala Special Edition ditawarkan dengan warna Oriental Blue dan Firecracker Red pada harga Rp42.3 juta (RM12,200).

Tawaran harga promosi tersebut sah sehingga 30 Julai depan.

BACA >>> #BikinMotor: Kos Ubah Suai Kawasaki Ninja 250 Ini Cecah Harga Motor 4-Silinder!

GALERI

Related

211
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Kawasaki, Kawasaki Indonesia, Kawasaki KLX 125, Kawasaki KLX 230, Kawasaki KLX 250, Kawasaki Motors Malaysia (KMM)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my