• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Ssangyong Tivoli Facelift Lancar di Korea dengan Kemas Kini Luaran Ringkas

Ssangyong Tivoli Facelift Lancar di Korea dengan Kemas Kini Luaran Ringkas

May 22, 2019 By Han Othman Leave a Comment

45
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DIAM-diam SsangYong memperkenalkan Tivoli versi dipertingkat (facelift) di Korea Selatan dengan rupa depan baharu menerusi gril dan lampu utama digayakan semula.

Perubahan paling ketara pada model facelift ini ialah ambilan udara di tengah bampar dan lampu kabus tiga lapisan. Bagaimanapun, perubahan bahagian belakang kurang menonjol, tetapi SsangYong sebenarnya mengemas kini bampar dan grafik lampu belakang baharu.

BACA >>> SsangYong Tivoli Ultimate Edition, SUV Subkompak Paling Selamat dalam Kelas

Bahagian but juga direka semula yang dapat dilihat pada bonggol pintu dan lekukan atas plat nombor pendaftaran. Ruang kabin menampilkan kluster instrumen digital 10.25 inci baharu dan sistem infotainment 9 inci yang lebih moden.

Pasukan pereka SsangYong turut merekabentuk papan pemuka baharu dengan merekabentuk semula konsol tengah dan meningkatkan kualiti tombol gear. Juga dapat dilihat ventilator penyaman udara baharu dan roda stereng tipikal SsangYong.

Tidak banyak didedahkan SsangYong tentang model SUV mini ini, tetapi trenkuasa Tivoli facelift menggunakan enjin petrol 1.5L pengecas turbo baharu dengan prestasi berkuasa. Bagaimanapun, tiada angka kuasa dimaklumkan. Varian diesel turut ditawarkan sebagai opsyen.

BACA >>> Foto Awal SsangYong Korando (2019) Didedahkan Menjelang Debut Geneva

Tivoli facelift akan dilancarkan bulan depan di Korea Selatan pada harga bermula 16,680,000 won (RM58,700). Pratempahan turut dibuka dengan deposit serendah 100,000 won (RM352).

GALERI

Related

45
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, Segmen B, SsangYong, SsangYong Tivoli facelift, SUV, SUV Mini

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
    #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my