• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / TVS Bakal Pasarkan Skuter Elektrik dengan Bumbung Solar Menjelang 2022

TVS Bakal Pasarkan Skuter Elektrik dengan Bumbung Solar Menjelang 2022

May 20, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

204
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TVS Motor Company khabarnya sedang membangunkan skuter elektrik dan hibrid yang dilengkapi bumbung solar. Syarikat itu juga ada mengeluarkan model konsep skuter berbumbung. Selain berfungsi melindungi pemilik daripada panas matahari dan hujan, bumbung itu juga bertindak sebagai panel solar untuk mengecas bateri.

Bateri itu akan menjana kuasa motor untuk memberikan lebih perbatuan. Bagaimanapun, slot mengecas bateri secara konvensional disediakan. Bumbung diperbuat daripada bahan ringan, tetapi rekabentuk akhir komponen masih belum diputuskan.

BACA >>> Kapcai TVS Neo X3i Masuk Malaysia Suku Pertama 2019, Anggaran Harga RM4k Sahaja

TVS Creon Concept_3
TVS Creon Concept_1
TVS Creon Concept_2

Keselesaan tunggangan jauh dilengkapi visor pengadang angin bersama penyandar belakang dan kepala untuk penumpang. Berdasarkan imej, dapat dilihat rel pemegang untuk penumpang, dan skuter tersebut difahamkan akan dipasarkan untuk kegunaan peribadi atau komersial.

Skuter konsep itu akan ditayangkan pada Auto Expo 2020 dan produk akhir bakal dipasarkan menjelang 2022 dan dieksport ke pasaran luar. Sementara itu, motor elektrik pertama TVS yang bakal dijadikan versi pengeluaran ialah model konsep Creon yang dibangunkan bersama Intel.

BACA >>> Yamaha Nozza Grande 125 - Skuter Hibrid Enjin Kecil untuk Ekstra Jimat Kini di Vietnam

Ia didatangkan dengan bateri lithium-ion berkuasa 12kW dengan keupayaan pecutan 0-60kmj sepantas 5.1 saat.

SUMBER: IndianAutosBlog

Related

204
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: roda2, skuter, skuter elektrik, Skuter Hibrid, TVS, TVS Creon, TVS Motor Company

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev