• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Pandu Uji / PANDU UJI: Lexus RX200t F Sport

PANDU UJI: Lexus RX200t F Sport

March 30, 2016 By Abang GYL Leave a Comment

32
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Lexus RX200t F SPORTMEMANDU uji Lexus RX200t F Sport ibarat melihat awek berkemban yang baru naik dari mandi di sungai. Ke mana saja pergi, ia tetap menjadi tumpuan orang ramai.

Mana tidaknya, ada saja yang bertawaf mengelilingi kereta ini di mana saja saya berhenti. Ternyata mereka tertarik dengan lenggok badan RX200t F Sport.

Itulah perasaan saya apabila berpeluang pandu uji Lexus RX200t F Sport, baru-baru ini. Untuk makluman, Lexus RX hadir dalam enam varian berbeza. Antaranya;

  • Lexus RX200t Premium
  • Lexus RX200t Luxury
  • Lexus RX200t F SPORT
  • Lexus RX350 Luxury
  • Lexus RX350 F SPORT
  • Lexus RX450h

RX yang membawa maksud Radiant Crossover itu menampilkan rekaan lebih menarik dan garang. Manakala sosok badannya pula menerima sentuhan yang menunjukkan kematangan berbanding pesaing lain.

Lexus RX200t F SPORTLUARAN - Menggiurkan

Jika diperhatikan secara teliti, rekaan hadapan RX200t F Sport adalah tampak sama seperti adiknya, Lexus NX.

Lihat saja keseluruhan tubuh badannya sudah mampu membuatkan anda menggiur kegeraman. Untuk tampak lebih menarik, jeriji spindle yang ikonik dan lampu depan berbentuk L jenis LED. Ia juga bertindak sebagai indikator isyarat membelok yang mampu membuatkan sesiapa saja terpukau melihatnya.

Lexus RX200t F SPORT    Lexus RX200t F SPORT

Lebih garang, ia dipadankan dengan rim aloi bersaiz 20 inci. Cantik memang cantik, tapi masa nak tukar tayar sendiri mahu ingat la.

DALAMAN – Lebih Luas

Tahukah anda model RX terbaru ini adalah lebih luas berbanding generasi sebelumnya. Dengan pertambahan 50mm jarak antara roda, ia menyumbang kepada keluasan kabin secara keseluruhannya.

Jika masih tidak cukup luas, kerusi penumpang belakang boleh dilaras untuk memberikan keselesaan tempat duduk yang mampu menandingi model tertinggi sedan mewah keluarannya, Lexus LS.

Lexus RX200t F SPORTPRESTASI:

Sepanjang memandu uji RX200t F Sport, model yang dikuasakan unit enjin bersesaran 2.0L turbocaj suntikan terus 4-silinder sebaris itu cukup mengagumkan.

Hasil bantuan kotak gear transmisi automatik 6-kalajuan, ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 235hp pada 4,800 hingga 5,600rpm dan tork puncak 350Nm (1,650 - 4,000rpm).Lexus RX200t F SPORT

PENGALAMAN PEMANDUAN:

Ya, keterujaan bersama RX200t F Sport terasa sebaik menekan pedal minyak. Bukan saja tidak mengecewakan, penukaran gear agak responsif dan bertindak dengan lancar. Kedapan angin pula senyap.

Bukan saja seronok dipandu, ia juga terasa tangkas dan tenang di selekoh. Ketepatan pengendalian stereng adalah poin tinggi RX200t F Sport, termasuk kawalan badan kereta ketika melanggar bonggol jalan yang turut memberikan respons baik. Setiap kali pedal minyak ditekan, bunyi ngauman enjin begitu sedap didengar dari kabin.

Lexus RX200t F SPORT    Lexus RX200t F SPORT

Saya juga cuba mencari kelemahan crossover ini, namun agak sukar. Boleh dikatakan hampir 'Perfect'.

Ada yang bertanya kepada saya, berbaloi ke nak beli Lexus RX200t F Sport? Jawapan saya, berbaloi jika anda seoarang yang mementingkan paras rupa dan enjin yang 'power'.

Jadi apa tunggu lagi, masukkan ia dalam senarai pilihan anda. Bagi mereka yang sedang mencari crossover yang menawan dan berkuasa, Lexus RX200t F Sport boleh dijadikan pilihan.

SPESIFIKASI
ENJIN 2.0L turbocaj suntikan terus 4-silinder sebaris
TRANSMISI Automatik 6-kelajuan
KUASA MAKSIMUM 235hp@4,800rpm
TORK MAKSIMUM 350Nm@1,650-4,000rpm
CIRI KESELAMATAN Panoramic View Monitor (PVM), 10 beg udara SRS dan Blind Spot Monitor (BSM) serta Rear Cross Traffic Alert (RCTA).
HARGA RM422,990 (termasuk GST & tidak bagi insurans)

Lexus RX200t F SPORT
Lexus RX200t F SPORT
Lexus RX200t F SPORT
Lexus RX200t F SPORT
Lexus RX200t F SPORT
Lexus RX200t F SPORT
Lexus RX200t F SPORT
Lexus RX200t F SPORT
Lexus RX200t F SPORT
Lexus RX200t F SPORT
Lexus RX200t F SPORT
Lexus RX200t F SPORT
Lexus RX200t F SPORT
Lexus RX200t F SPORT
Lexus RX200t F SPORT
Lexus RX200t F SPORT
Lexus RX200t F SPORT
Lexus RX200t F SPORT
Lexus RX200t F SPORT
Lexus RX200t F SPORT
Lexus RX200t F SPORT
Lexus RX200t F SPORT
Lexus RX200t F SPORT
Lexus RX200t F SPORT
Lexus RX200t F SPORT
Lexus RX200t F SPORT
Lexus RX200t F SPORT
Lexus RX200t F SPORT
Lexus RX200t F SPORT
Lexus RX200t F SPORT
Lexus RX200t F SPORT
Lexus RX200t F SPORT
Lexus RX200t F SPORT
Lexus RX200t F SPORT
Lexus RX200t F SPORT
Lexus RX200t F SPORT
Lexus RX200t F SPORT
Lexus RX200t F SPORT
Lexus RX200t F SPORT
Lexus RX200t F SPORT
Lexus RX200t F SPORT
Lexus RX200t F SPORT
Lexus RX200t F SPORT
Lexus RX200t F SPORT
Lexus RX200t F SPORT
Lexus RX200t F SPORT
Lexus RX200t F SPORT
Lexus RX200t F SPORT
Lexus RX200t F SPORT
Lexus RX200t F SPORT

Related

32
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Pandu Uji Tagged With: Lexus, Lexus Malaysia, Lexus NX, Pandu uji, Pandu Uji Lexus RX200t F Sport, RX200t F Sport

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev